POLIS menafikan dakwaan penemuan mayat lelaki tanpa pakaian di Klebang, Melaka pada Rabu lalu dibunuh di kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memetik laporan Sinar Harian berkata, setakat ini kematian lelaki tempatan berusia 71 tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) disebabkan sakit jantung.
Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri di kawasan tanah lapang tepi Pantai Eye On, Melaka pada Rabu sebelum tular pada Ahad.
BACA LAGI: 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri
BACA LAGI: Francis Chai 'Crocodile Hunter' tanpa senapang, sentiasa hormati 'Bujang Senang'
"Pemeriksaan yang dilakukan pada tubuh badan si mati dan kawasan sekitar mendapati tiada sebarang unsur perbuatan jenayah.
"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan ketakutan dan keresahan dalam kalangan masyarakat," katanya pada Isnin.
Polis menafikan dakwaan penemuan mayat lelaki tanpa pakaian di Klebang, Melaka pada Rabu lalu dibunuh di kawasan tersebut. ' pic.twitter.com/wcjMBGcxmX
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) September 23, 2024
Sejak Ahad, penduduk di sekitar kawasan Klebang meluahkan rasa risau tentang keselamatan diri mereka selepas tular klip video berdurasi 14 saat seorang lelaki mendakwa berlaku kejadian bunuh di kawasan berpasir tambak laut itu.
Video itu juga memaparkan anggota polis tiba di lokasi penemuan mayat itu selain mengundang pelbagai reaksi orang ramai sehingga takut untuk ke kawasan tumpuan kaki pancing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram