Lebih 300 kanak-kanak GISBH diberi pendidikan formal mulai 1 Oktober


  • Primer
  • Isnin, 23 Sep 2024

Operasi penyelematan itu kini berada pada fasa keempat dengan jumlah mereka yang diselamatkan di seluruh negara meningkat kepada lebih 500 orang. — Gambar fail

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan memberikan akses pendidikan formal dan berstruktur kepada lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikatakan mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mulai 1 Oktober.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sesi penilaian akan dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan tahap kemahiran kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, inisiatif itu diambil dengan tujuan bagi menyediakan akses pendidikan formal kepada mereka bagi mengelak keciciran dalam pendidikan.

BACA LAGI: Kanak-kanak, wanita antara lebih 10 individu diperiksa dalam serbuan di pusat komersial GISB Rawang

BACA LAGI: Kes GISB: Pembantu guru, penjaga mengaku tak bersalah lakukan serangan seksual terhadap 5 kanak-kanak

Education Minister Fadhlina Sidek holds press conference on curriculum intervention. —LOW LAY PHON/The Star

Fadhlina Sidek berkata, sesi penilaian akan dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan tahap kemahiran kanak-kanak berkenaan. — Gambar fail

Media terdahulu melaporkan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melancarkan operasi kod Ops Global apabila 20 buah rumah jagaan milik GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan diserbu pada 11 September lalu.

Operasi itu melibatkan penyelamatan seramai 402 kanak-kanak dan remaja terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan berusia antara satu hingga 17 tahun.

Operasi itu kini berada pada fasa keempat dengan jumlah mereka yang diselamatkan di seluruh negara meningkat kepada lebih 500 orang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram