[VIDEO] Bapa bakar motor anak bersebab, pernah lalui zaman merempit


  • Tular
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Terdahulu tular video, seorang bapa bertindak membakar motorsikal anaknya yang dianggap sebagai cara didikan.

TULAR satu video, seorang bapa mengaku bertindak membakar motorsikal milik anaknya gara-gara kecewa akan tabiat anaknya yang sering merempit.

Perkongsian video berdurasi 1.59 minit itu memaparkan individu lelaki meluahkan perasaan kesal terhadap anaknya yang dilihat sebagai samseng jalanan.

Dia yang dikenali sebagai kajolmarey01 berkata, dia lebih rela mengorbankan motorsikal yang diberikan kepada anaknya daripada kehilangan insan yang tersayang itu dikemudian hari.

BACA LAGI: [VIDEO] Individu baling topi keledar cuba halang kereta penjenayah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan hadiahkan anak ikut kemahuan mereka, baik bantu hafal surah al-Mulk — Faridah Hanim

@kajolmarey01 maaf kan saya semua....tapi #fyp #bakarmotor #ex5malaysia #ex5 #rxzmalaysia #tiktokviral #vidioviral #midiaviral #tikto #merempit #fy ♬ Piano Sedih - Eki Herdiansyah

“Lebih baik aku bakar motosikal ini daripada kamu mati di jalan raya!," katanya.

Video yang tular itu meraih perhatian warganet apabila ramai mengecam tindakan lelaki membakar motorsikal yang dilihat seakan melampau.

Baginya, dia berpendapat bahawa tindakannya adalah betul dan itu merupakan cara didikannya, katanya menepis kecaman netizen.

“Kadang-kadang bila kita sampai satu tahap, kita akan hilang sabar.

"Saya baca komen macam-macam tapi bagi saya itu cara saya untuk mendidik anak saya sendiri.

“Daripada saya hilang dia, tak mengapa.

"Saya korbankan dulu motor yang saya pernah bagi dekat dia untuk dia pergi sekolah, tapi dia bukan pakai untuk sekolah sahaja, takutla kan benda-benda lain,” katanya.

Menurutnya, perkara yang paling ditakuti olehnya adalah apabila menerima panggilan dari pihak polis atas kesalahan anaknya merempit, kesalahan samseng jalanan dan sebagainya.

Tambahnya, dia juga takut jika menerima panggilan bahawa anaknya meninggal dunia di tempat sedemikian.

“Aku paling takut benda tu dan ini cara dia, aku sendiri. Terpulanglah orang nak kecam. Aku buat ini untuk budak-budak zaman sekarang.

“Anak-anak zaman sekarang ni kena ingat, emak ayah separuh mampus cari duit, nak bagi makan pakai elok-elok, bagi telefon, senang nak call.

“Aku minta maaf kalau video aku tu agak terlampau, aku minta maaf pada semua. Aku sayang anak-anak aku, aku sayang anak-anak dekat luar juga, terpulang koranglah,” katanya.

Meninjau diruangan komen, salah seorang pengguna Norshahira Samin meluahkan pandangan bahawa niat individu lelaki itu adalah betul namun tidak pada cara.

"Kalau jadi saya sendiri tidak akan bakar... saya akan jual motorsikal itu.

"Duit itu boleh disimpan untuk kegunaan anak pada masa akan datang.

"Orang bodoh je akan anggap tindakan abang keterlaluan...

"Saya sokong tindakan abang buat, budak-budak zaman sekarang perlu diajar macam mana tindakan abang tu," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram