Anak gajah betina ditemukan mati di Lahad Datu, tiada kesan jenayah


  • 112
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Gajah itu dipercayai mengalami kecederaan ketika berkeliaran di hutan dan mati akibat lesi hematoma (pembekuan darah).

SEEKOR gajah betina Borneo ditemui mati di sebuah ladang di Begahak terletak di daerah Lahad Datu, Sabah pada Selasa mendapati tiada kesan jenayah atau kelakuan yang mencurigakan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Roland Nuin berkata, siasatan awal dan bedah siasat yang dijalankan ke atas gajah itu menunjukkan gajah itu kematian adalah disebabkan kecederaan traumatik.

Gajah itu dipercayai mengalami kecederaan ketika berkeliaran di hutan dan mati akibat lesi hematoma (pembekuan darah).

BACA LAGI: [VIDEO] Individu baling topi keledar cuba halang kereta penjenayah — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan hadiahkan anak ikut kemahuan mereka, baik bantu hafal surah al-Mulk — Faridah Hanim

Web thumbnail 800 x 450 - 4

Anak gajah yang cedera itu dianggarkan berumur sekitar dua hingga tiga tahun dan ditemui orang awam pada pukul 9 pagi Selasa. — Foto hiasan Envato

“Kematian anak gajah itu mendapati tiada sebarang kesan jenayah," katanya.

Anak gajah yang cedera itu dianggarkan berumur sekitar dua hingga tiga tahun dan ditemui orang awam pada pukul 9 pagi Selasa.

Laporan segera dibuat kepada Jabatan Hidupan Liar daerah.

Bagaimanapun, renjer mendapati gajah itu mati semasa tiba ke pusat berkenaan dan pemeriksaan segera ke atas gajah mendapati tiada kesan tembakan.

Dipercayai gajah itu mengalami kecederaan pada belalainya ketika mencari makanan di kawasan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Jimmy A/K Panyau mengesahkan renjer hidupan liar membuat laporan polis berhubung penemuan gajah mati itu.

Dalam pada itu, Jimmy juga mengesahkan renjer hidupan liar menembak mati seekor buaya sepanjang tiga meter yang berkeliaran di tebing sungai Kampung Segangan II selepas memantau kawasan itu.

Beliau berkata, buaya itu terbunuh selepas empat das tembakan dan bangkainya dikeluarkan oleh renjer untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram