'Demi anak saya,' kisah saintis sanggup dipecat, dipenjara iktibar buat Malaysia serius patuhi 1.5C


  • Massa
  • Isnin, 23 Sep 2024

Para saintis di AS yang sanggup mengorbankan kerjaya dan dipenjara demi menyelamatkan planet. — Gambar hiasan/Agensi

MASIHKAH anda ingat peristiwa penunjuk persaan besar-besaran melibatkan para saintis seluruh dunia dianjurkan oleh Scientist Rebellion di beberapa buah negara selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan satu laporan tentang perubahan iklim yang mengejutkan.

Susulan itu, lebih 1,000 saintis dari 26 negara melakukan aktiviti tunjuk perasaan sehingga menyebabkan kekecohan di beberapa kawasan termasuk di Sepanyol; Jerman dan Washington, Amerika Syarikat (AS).

Mengimbau kembali detik-detik hitam itu, seorang saintis iklim bertugas di Makmal Propulsion Jet Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Dr Peter Kalmus pernah ditahan pihak berkuasa ketika menyertai protes di AS pada 6 April 2022.

BACA LAGI: Tak kedekut hulur bantuan, Ben jadi hero tidak bertopeng selesaikan masalah penduduk di Bangsar

BACA LAGI: [VIDEO] Bunyi macam ranting kayu patah, ramai beri tip elak cedera main gusti tangan

6303323716649598691

Penunjuk perasaan diketuai oleh Scientist Rebellion. — Agensi

Berkongsi lanjut, Dr Peter menaiki kenderaannya ke pusat bandar Los Angeles, AS, yang ketika itu terpaksa menerima takdir apabila digari di pintu sebuah bank Bersama tiga lagi rakan saintisnya.

Peristiwa itu sekali gus mengembalikan traumanya apabila apabila mengingatkan kekerasan an ketidakadilan yang berlaku pada para saintis di seluruh dunia.

"Saya sangat takut, saya masih ingat lagi dengan rasa gementar.

"Saya sedar bahawa hanya perlu lakukannya demi mencari keberanian itu.

"Saya benar-benar takut, tetapi saya fikir ada peluang sangat baik untuk saya dipecat yang mungkin menjadi kebimbangan terbesar dalam hidup," katanya.

Beliau yang turut serta membawa sepanduk tertera slogan '1.5C sudah mati, revolusi iklim sekarang' bersama sekumpulan ahli akademik serta barisan pelajar menggesa pihak kerajaan mengambil langkah efektif demi menyelamatkan planet.

Pada Mac 2022, PBB mengeluarkan satu laporan mengatakan manusia mempunyai masa semakin suntuk dan memberi amaran tentang kemungkinan situasi yang buruk akan berlaku pada masa akan datang.

6303323716649598689

Sekumpulan penunjuk perasaan yang terdiri daripada saintis di negara itu. — Agensi

Laporan itu juga memperincikan berkaitan kepupusan spesies, keruntuhan ekosistem, penyakit bawaan serangga, strok haba dan ribut besar yang membawa kehilangan nyawa, kekurangan air hingga menjejaskan hasil tanaman yang semuanya terhasil akibat peningkatan suhu.

Menurut laporan itu, kebanyakan negara bergelut untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan memberi peringatan tentang kepentingan kesediaan menghadapi serangan iklim ekstrim yang tidak dapat dielakkan lagi.

Lebih menambah kemarahan ramai apabila suara-suara para saintis terhadap pihak bertanggungjawab selama beberapa dekad lalu yang tidak didengari.

"Saya di sini kerana kami tidak didengari, saya sanggup ambil risiko untuk planet yang indah ini, untuk anak lelaki saya.

"Saya cuba beri amaran kepada anda selama beberapa dekad dan kini kita semua akan hadapi malapetaka besar," laungnya dalam keadaan penuh emosi dan sebak ketika berucap dalam protes itu.

Selepas pergelutan dengan polis dan berada dalam penjara selama lapan jam, beliau didakwa atas kesalahan kerana cuba menceroboh sebuah bank JPMorgan Chase, Dr Peter akhirnya dibebaskan dan masih bekerja di NASA.

Tindakan itu bagaimanapun memberikan tekanan yang sangat tinggi, malah beliau beranggapan bahawa ia satu kesilapan besar pernah dilihatnya kerana tidak menyokong saranan aktivitis.

Manakala, rakan Dr Peter yang juga merupakan saintis, Rose Abramoff dipecat dari Makmal Kebangsaan Oak Ridge di Tennessee selepas menyertai aktiviti tunjuk perasaan itu.

6303323716649598690

Dr Peter (kiri) bersama rakan sekerjanya, Rose (kanan). — Agensi

Rose kemudiannya mengambil langkah menubuhkan persatuan penyelidikan di Institut Ronin bagi membantu mengurangkan krisis pemanasan global menjadi lebih teruk.

"Ia sangat menyedihkan bila melihat kerosakan alam sekitar dengan tanah dan hutan di Timur Laut AS yang semakin musnah.

"Walaupun PBB mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius di paras selamat seperti ditetapkan dalam Perjanjian Paris 2015, terdapat beberapa perubahan yang tidak dapat dielakkan boleh dihadkan.

"Saya masih ingat betapa besarnya semua sistem bumi yang telah terjejas oleh perubahan iklim dan betapa sedikit masa yang kita ada untuk mengelakkan lebih banyak bencana," katanya.

Beliau kini juga bergerak secara aktif dalam membanteras sebarang aktiviti keganasan terhadap alam sekitar bersama aktivis-aktivis lain.

Baru-baru ini, Rose juga ditahan kerana sanggup merisikon diri memanjat di tebing Sungai Greenbrier di West Virgina, AS, untuk menghentikan projek saluran minyak.

Beliau turut menggesa agar projek bernilai kira-kira RM25 billion itu dihentikan kerana dianggarkan boleh menghasilkan 86 juta tan metrik gas rumah hijau yang secara tidak langsung akan memanaskan permukaan planet.

"Saya memilih untuk melakukan dengan beradab, tetapi bukan sekarang apabila ia akan merugikan kita," tulisnya dalam sekeping nota kepada The New York Times sejurus selepas dipecat.

Kedua-dua saintis itu melihat bahawa perubahan iklim merupakan ancaman terbesar kepada manusia kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mereka dalam pelbagai cara dan bentuk.

6303323716649598688

Antara surat-surat bertulis oleh saintis yang dipamerkan di pameran RiAus Adelaide pada 2015. — Agensi

Menurut mereka, kajian sudah membuktikan peningkatan suhu mendorong kepada penambahan kadar bunuh diri, tekanan mental, kemurungan dan sebagainya.

Ia turut disokong oleh ahli psikologi dan professor di Universiti Queensland, Australia yang pada masa sama meluahkan kebimbangannya terhadap perkara itu.

Seorang pakar kesihatan mental, Bruke berkata kawalan emosi adalah perkara penting seperti trauma, ketakutan, panik, malu atau rasa bersalah antara situasi dihadapi kebanyakan individu terutamanya selepas tragedi kebakaran hutan terbesar di Victoria pada 2009 yang membunuh seramai 173 orang.

Justeru, seorang pakar sains di Univerisiti Nasional Australia, Joe Duggan menjadi pengubung pertama dalam menyuarakan para saintis dengan melaksanakan projek Is This How You Feel (Inikah yang anda rasa?).

Projek itu mengumpulkan surat-surat bertulis luahan daripada para saintis dan dipamerkan kepada orang awam antaranya di pameran RiAus Adelaide pada 2015.

Ia merupakan antara alternatif lain yang boleh dilakukan para saintis untuk menyampaikan mesej tentang kesederan menjaga alam sekitar selain membahayakan diri melakukan protes di jalanan.

"Ia adalah realiti yang sangat menyedihkan kerana semakin lama kita menunggu, semakin ramai yang terjejas.

"Namun, kita tetap berhutang budi kepada semua orang untuk mencuba mengubahnya sekarang," katanya.

Krisis perubahan iklim sememangnya sedang berlaku bukan sahaja di negara Eropah tetapi juga di Malaysia.

Isu itu dapat dilihat apabila berlakunya pelbagai bencana alam seperti banjir kilat, ribut dan tanah runtuh di beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur, dan kini mula melarat di Pantai Barat.

553

Aktiviti pembalakan menjadi antara punca kepada masalah pemanasan global. — Gambar hiasan

Rentetan itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan agar Malaysia terus komited dalam menangani isu kebimbangan global khususnya perubahan iklim bagi memastikan perlindungan serta penilaian berterusan terhadap pelbagai kesan alam sekitar di benua Antartika.

Beliau bertitah, sokongan kerajaan dan masyarakat terhadap misi meningkatkan penyelidikan di kawasan kutub negara ini sangat penting.

"Matlamat kita dalam menangani perubahan iklim dan melindungi kawasan kutub tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada masyarakat.

"Sehubungan itu, kesedaran dan pendidikan tentang perubahan iklim yang berkaitan dengan kawasan kutub penting dalam memperoleh sokongan daripada sektor korporat, belia, pelajar sekolah serta masyarakat," titah baginda.

Justeru, pelbagai langkah dan inisiatif dilakukan kerajaan kini untuk mengawal perubahan iklim dengan membanteras aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan peningkatan masalah pemanasan global seperti pembalakan haram.

Antara usahanya dilakukan adalah mengawasi jenayah hutan melalui pemantauan udara seperti kerajaan Sarawak.

Pendekatan teknologi seperti sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS) di Semenanjung dan sistem Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) di Sarawak dapat mengesan sebarang perubahan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Sistem itu turut membantu pasukan rondaan dan operasi penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti kesalahan hutan di lapangan dengan maklumat lokasi yang lebih spesifik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram