[VIDEO] Bunyi macam ranting kayu patah, ramai beri tip elak cedera main gusti tangan


  • Tular
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Tangkap layar video memaparkan dua lelaki yang bersemangat melakukan aktiviti gusti tangan baru-baru ini.

TINDAKAN dua individu yang melakukan aktiviti gusti tangan membawa padah selepas seorang daripadanya cedera.

Menerusi video dikongsikan di akaun X @ricxxxkiddo, kedua-dua lelaki tersebut dilihat bersemangat melakukan perlawanan itu sambil disaksikan beberapa lagi orang awam di kawasan perumahan baru-baru ini.

Dalam video sama, kelihatan lelaki berbaju coklat menekan tangannya dengan kuat sebelum kedengaran bunyi seperti ranting kayu yang patah.

BACA LAGI: [VIDEO] Langgar anggota polis Setapak: Pemandu belum buat repot, kediaman di Pulai tidak berpenghuni

BACA LAGI: Bazirkan dana awam, PM Anwar batal rombongan 68 pegawai kementerian, agensi ke pameran Berlin

Lelaki tersebut kemudiannya mengerang kesakitan kerana dipercayai berlaku kecederaan dan patah tulang tangan.

"Bunyi dia (tangan patah) macam ranting kayu patah. Semoga cepat sembuh. Ada tip untuk gusti tangan supaya tak jadi kecederaan macam ini," tulisnya.

Rata-rata warga maya yang menonton video itu juga memberi beberapa saranan dan tip bagi mengelakkan kejadian sama berlaku pada individu lain.

Mengulas lanjut, ada yang beranggapan bahawa individu terbabit seharusnya menggunakan cara sesuai dan sentiasa mengawasi kedudukan tangan ketika itu.

"Mata kena sentiasa lihat di tangan untuk elakkan kecederaan," saran @fairinzakaria.

"Tipnya adalah kena ada pengadil dan mesti ada ilmu. Tiada ilmu, confirm tulang patah, tak kira saiz besar atau kecil," komen @aileendonut.

Namun, ada juga yang menasihatkan orang ramai agar melakukan senaman ringkas untuk memanaskan badan sebelum melakukan sebarang aktiviti sukan.

"Panaskan badan dahulu, pusing padang lima pusingan atau regangkan badan," tulis @AbuYazidLonaldo.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram