'Ingatkan edit, rupanya real', ramai tabik hero tak didendang filem KL Drift


  • Hiburan
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Seorang pengguna, Hakim (kanan) mendedahkan bahawa ayahnya (tengah) merupakan stuntman dalam filem KL Drift 1 dan 2.

PASTINYA melakonkan 'stunt' dalam filem aksi tidak mudah memandangkan mereka berdepan dengan risiko untuk tercedera.

Salah satu filem aksi yang terkenal di Malaysia adalah KL Drift yang berkisarkan tentang dunia perlumbaan kereta haram di Kuala Lumpur.

Filem berkenaan yang penuh dengan adegan perlumbaan pastinya mendapat sambutan hangat terutama dalam kalangan anak muda.

BACA LAGI: Dijemput naik pentas masa tingkatan 4, Jay Jay inspirasi Aishah inspirasi sertai bidang nyanyian

BACA LAGI: Pita suara Steven Tyler rosak kekal, konsert jelajah Aerosmith dibatalkan

Umum mengenali pelakon terkenal dalam filem berkenaan seperti Syamsul Yusof, Rizal Ashreff, Aaron Aziz dan Norman Hakim.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui wujud individu di sebalik lakonan mantap 'stuntman' yang memainkan aksi pemanduan secara berbahaya.

Rata-rata masyarakat hanya menyangka bahawa adegan yang dipaparkan dalam babak filem tersebut adalah rakaman yang disunting semata-mata.

Mengejutkan ramai, seorang lelaki, Hakim_Manggapadu baru-baru ini mendedahkan bahawa ayahnya adalah individu yang berada di sebalik lakonan mantap dalam aksi perlumbaan kereta drift.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Hakim menunjukkan gambar terkini ayahnya yang masih berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah ayah kami masih gagah. Siapa yang masih ingat part kereta berpusing untuk filem KL Drift 1 dan 2? Aksi ini dibuat pada tahun 2007 dan 2009," tulisnya.

Perkara itu mendapat perhatian ramai warga maya yang kagum dengan kemampuan bapanya memainkan watak stuntman.

Antaranya, seorang pengguna, Shawaneyh yang terkejut apabila aksi perlumbaan itu dibuat secara nyata.

"Oh part ini real rupanya, ingat kan edit sahaja. Baru saya tahu real," katanya.

Seorang lagi pengguna, Fahad Hanif pula berharap agar karya seni sebegitu masih diteruskan hingga ke hari ini.

"KL Drift ini kalau dia teruskan dengan sequel atau prequel mesti boleh naik lagi. Sebab dunia pemotoran tengah naik zaman sekarang. Kalau fast and furious boleh main sampai angkasa. KL Drift takkan tak boleh buatkan. Ini pandangan saya," katanya.

Pengguna lain pula, Vishnu memberi tabik hormat kepada hero yang tidak didendangkan itu.

"Salute (tabik) tuan. Stuntman bukan satu ayat tapi kecekalan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram