Kes kematian Nidza Afham kekal sebagai mati mengejut, polis sahkan tiada unsur jenayah


  • 112
  • Ahad, 22 Sep 2024

Mayat Nidza Afham ditemukan di bawah Jambatan Sungai Klang selepas sehari dia dilaporkan hilang ketika berjoging di kawasan sekitar.

KES kematian penyanyi, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, Selangor 14 Ogos lalu, tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah mengenai kes terbabit.

"Siasatan mengenai kematian penyanyi Allahyarham Muhammad Nidza Afham tidak mendapati sebarang unsur jenayah dan siasatan hampir selesai," katanya.

BACA LAGI: Pekerja GISBH di Seremban hilang, tinggalkan kedai terbiar sejak Rabu

BACA LAGI: [VIDEO] 'Siapa tumbuk saya punya adik', lelaki mengamuk acu parang tengah jalan di Kuala Langat kena tahan polis

Nidzaa

Siasatan pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah mengenai kes kematian Allahyarham Muhammad Nidza Afham.

Tambahnya lagi, kes terbabit masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Allahyarham kali terakhir dilihat meninggalkan sebuah rumah di Jalan Kerongsang 4, Bandar Puteri, Klang, Selangor pada 13 Ogos sebelum ditemui meninggal dunia di Jambatan Kota, Klang kira-kira sehari selepas dilaporkan hilang.

Allahyarham Muhammad Nidza dikenali melalui singlenya, Ternyata Bukan Aku dan menjadi terkenal kerana lagu-lagu yang pernah dinyanyikan semula olehnya di media sosial, terutamanya di saluran YouTube.

Lagu Rindu Setengah Mati antara yang paling mencuri tumpuan dan meraih hampir tujuh juta tontonan.

Muhammad Nidza, yang menetap di Shah Alam, pernah menyertai program I Can See Your Voice Musim 3.

Di samping itu, Allahyarham juga merupakan pelajar Pengurusan Sukan di UniKL dan bekerja dengan abangnya sambil aktif di media sosial dalam industri nyanyian secara sambilan. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram