[VIDEO] Sanggup lepaskan motor demi nyawa kekasih ketika dirompak di Medan Timur


  • Benua
  • Khamis, 19 Sep 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik sepasang kekasih diserang sekumpulan lelaki bermotosikal.

TULAR di media sosial tindakan seorang lelaki sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan teman wanita daripada mangsa serangan oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Cemara, Medan Timur, Indonesia pada 16 September lalu.

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di laman X itu, kelihatan sepasang kekasih yang menaiki motosikal diserang oleh sekumpulan lelaiki bersenjata.

BACA LAGI: Pengerusi Eksekutif GISBH dan isteri antara 19 ditahan bantu siasatan

BACA LAGI: [VIDEO] Pameran 15,000 'teddy bear' karya Bachir Mohammad lambang nyawa kanak-kanak melayang di Gaza

Dalam video tersebut memaparkan, sepasang kekasih yang menaiki motor tersebut secara tiba-tiba dihentikan oleh sebuah motosikal sebelum salah seorang suspek mengacukan senjata tajam kepada mangsa.

Malah, secara tiba-tiba, turut kelihatan sebuah lagi motosikal dari arah belakang yang dilihat cuba membantu suspek mencuri kenderaan tersebut.

Tanpa memikirkan keselamatan sendiri dalam situasi berbahaya seperti itu, lelaki tersebut lebih memilih untuk melindungi teman wanitanya dan sanggup kehilangan motosikalnya.

Perbuatan lelaki tersebut disifatkan sebagai tindakan yang sangat berani dan penuh pengorbanan meskipun kehilangan motosikal miliknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram