PENGERUSI Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri bersikap lepas tangan terhadap masalah yang kini melanda Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Menurut Muhammad Radhi yang juga legenda bola sepak Kedah itu, dakwaan sedemikian langsung tidak tepat kerana kerajaan negeri telah beberapa kali menghulurkan bantuan kepada pasukan berkenaan.
Malah katanya, kejayaan KDA FC mendapatkan lesen kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super musim ini antara hasil sumbangan kerajaan negeri menerusi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
BACA LAGI: Jeneral import dilabel punca Selangor tak bawa pulang 3 mata penuh dari Thailand
"Saya menafikanlah kalau kata kerajaan negeri tak bantu langsung, kita tak bolehlah bantu sampai peringkat sepenuhnya sebab gaji ini daripada kelab, yang itu di pihak pemiliknya, dia kena urus yang itu.
"Untuk makluman, kita masih berusaha dan berbincang dengan pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan pihak KDA FC.
"Nak kata tak bantu tu tak betullah sebab lesen untuk layak masuk bertanding liga adalah hasil sumbangan negeri melalui KFA," katanya ketika majlis penyerahaan bendera kepada kontinjen Negeri Kedah Sempena Para Sukan Malaysia (Para SUKMA XXI) Sarawak 2024 pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan isu tunggakan gaji melanda pasukan Hijau Kuning sehingga pemain utama memboikot sesi latihan sejak awal bulan ini.
Begitupun, difahamkan mereka sudah kembali menjalani latihan bagi persiapan aksi Liga Super menentang Sri Pahang FC pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,