[VIDEO] Sembunyi di loteng rumah, suspek pembunuh gadis pisang goreng akhirnya dicekup


  • Benua
  • Khamis, 19 Sep 2024

Gadis malang Nia Kurnia Sari (kanan) ditemui meninggal dunia selepas tiga hari hilang.

SUSPEK kes pembunuhan gadis penjual pisang goreng di Padang Pariaman, Sumatera Barat akhirnya ditangkap selepas 11 hari tragedi itu berlaku.

Ketua Polis Pariaman, Faisol Amir mengesahkan penahanan suspek, Indra Septiarman atau dikenali sebagai In Dragon.

"Alhamdulillah, tertangkap," kata Faisol sambil menambah suspek ditahan ketika bersembunyi dalam loteng sebuah rumah.

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal penjual makanan goreng, gadis sunti Sumatera ditemukan ditanam tanpa seurat benang

BACA LAGI: [VIDEO] 18 maut 17 masih hilang, Ribut Tropika Enteng 'mengganas' di Manila

Indra dipercayai membunuh Nia Kurnia Sari yang dilaporkan hilang selama tiga hari sebelum mayatnya ditemukan tanpa seurat benang di kawasan hutan pada 9 September lalu.

Melalui sebuah video yang dikongsikan di laman X, suspek yang bersembunyi di loteng rumah akhirnya ditangkap oleh pihak polis.

Warga kampung yang terkesan dengan insiden ngeri tersebut dilihat bertindak berkumpul beramai-ramai di sebuah kediaman yang menjadi lokasi persembunyian suspek.

Pada masa sama, situasi tegang juga dilihat tercetus sementara ketika lelaki terbabit dibawa keluar apabila penduduk kampung yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak cuba menahan kereta polis yang membawa suspek keluar dari lokasi.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan seorang gadis berusia 18 tahun yang juga penjual makanan goreng ditemui mati tertimbus dalam keadaan telanjang di dalam hutan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram