29 individu dikaitkan GISBH direman 7 hari di Mahkamah Shah Alam


  • 112
  • Ahad, 22 Sep 2024

Beberapa individu yang terlibat dengan organisasi berkenaan sudah ditahan bagi membantu siasatan

SERAMAI 29 individu yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISBH) direman antara satu hingga tujuh hari bermula Ahad (22 September) bagi membantu siasatan.

Permohonan reman ke atas kesemua individu berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun itu dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar, Md Subri Hashim dan mereka ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Subang Jaya serta Petaling Jaya.

Kesemua individu yang terdiri daripada 13 lelaki dan 16 wanita itu tiba di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada pukul 11.30 pagi.

BACA LAGI: Isteri kedua CEO GISBH antara 30 kena 'angkut' dalam serbuan di Kelantan

BACA LAGI: Kanak-kanak, wanita antara lebih 10 individu diperiksa dalam serbuan di pusat komersial GISB Rawang

Kanak-kanak

Lebih daripada 10 individu termasuk wanita dan kanak-kanak diperiksa dalam satu serbuan di pusat perniagaan GISBH Bandar Country Homes dekat Rawang, Selangor.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-kanak 2001, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Terdahulu, Polis Kontinjen Selangor menyerbu beberapa rangkaian perniagaan yang sebahagian besarnya dipercayai berkaitan GISBH dalam operasi bersepadu di Bandar Country Homes, Rawang pada Sabtu.

Serbuan yang bermula pukul 6.30 pagi itu melibatkan kira-kira 200 anggota Polis Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan serta kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram