ISTERI kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) ditahan dalam satu serbuan di tiga buah rumah sekitar Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.
Berdasarkan laporan media tempatan, penahanan itu dibuat menerusi Op Global dengan beberapa kanak-kanak, bayi dan warga emas turut ditahan dalam operasi itu.
BACA LAGI: Kanak-kanak, wanita antara lebih 10 individu diperiksa dalam serbuan di pusat komersial GISB Rawang
Semua yang ditahan berada dalam lingkungan umur enam bulan ke 70 tahun dengan mereka semua dibawa ke pusat saringan menggunakan tiga buah van polis dan satu van Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Polis juga bertindak merampas naskhah buku yang ditanam di tebing sungai berhampiran kediaman tersebut.
JKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheik) turut terlibat dalam operasi tersebut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram