[VIDEO] Ada sanggup datang dari Johor, Penang dan Sabah demi belajar bertukang dengan Aida


  • Bizz
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Aida (tiga dari kanan) mengajar kemahiran pertukangan asas kepada wanita. — Aida Ihsani

TIDAK pernah terdetik di hati figura bernama Aida Ihsani untuk bergelar seorang tukang kayu.

Apatah lagi, wanita berusia 34 tahun ini menyimpan cita-cita untuk menjadi peguam dan pernah juga melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di sebuah universiti.

Dia bagaimanapun mula menerokai bidang pertukangan kayu selepas bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), usai tamat pengajian.

BACA LAGI: 'Usaha tidak khianati hasil', persepsi negatif tak jadi penghalang Faeeza Noor sukses buka butik pakaian, aksesori di Semenyih

BACA LAGI: Ritual khas wanita Iban, didatangi moyang dalam mimpi ajar seni tenunan pua kumbu

Tidak hanya membuktikan dirinya mampu berjaya dalam bidang yang didominasi kaum Adam, Aida malah komited menganjurkan bengkel pertukangan kayu khusus untuk golongan wanita.

Berbekalkan semangatnya, anak keempat daripada lapan beradik ini memulakan langkah untuk memberikan wanita peluang mempelajari kemahiran pertukangan kayu.

"Saya mahu wanita lain mempunyai pengalaman praktikal menggunakan peralatan pertukangan supaya mereka dapat melaksanakan projek DIY (buat sendiri) atau pengubahsuaian rumah secara sendiri.

"Saya telah mengajar lebih 800 wanita daripada pelbagai latar belakang.

"Kebanyakannya memberitahu bahawa mereka memang sudah lama teringin untuk belajar menggunakan peralatan pertukangan dan mereka semua gembira akhirnya dapat peluang itu di bengkel saya," katanya.

online'I want other women to have hands-on experience of using power tools so they can do DIY or any home improvements on their own,' says Aida. - AIDA IHSANI

Meskipun bertukang memerlukan tenaga fizikal, bagi Aida, ia tidak seharusnya menghalang wanita untuk melakukannya. — Instagram/iamaidaihsani

Aida mengakui, dirinya menekankan kepentingan untuk wanita belajar kemahiran pertukangan kayu, yang dianggapnya sebagai kemahiran hidup asas untuk semua individu tanpa mengira jantina.

Dia percaya bahawa kemahiran tersebut bukan sahaja membolehkan orang ramai mengendalikan projek DIY, tetapi juga melibatkan kemahiran hidup seperti kesabaran dan ketahanan.

Dia menekankan bahawa kepentingan wanita belajar kemahiran pertukangan kayu melangkaui aspek praktikal.

"Saya pernah mendengar cerita daripada wanita-wanita ini tentang bagaimana bapa atau suami mereka tidak mengajar atau membenarkan mereka menggunakan peralatan di rumah dan ini sangat mengecewakan.

"Saya percaya bahawa pertukangan kayu harus dianggap sebagai kemahiran hidup asas untuk semua orang, tanpa mengira jantina dan tidak terhad oleh norma masyarakat," kongsi graduan undang-undang dari Universiti Reading di Britain itu.

Pada tahun 2016, Aida dan bekas suaminya, Shafril Hadi, menubuhkan ADIAIDA, iaitu sebuah perniagaan pertukangan kayu yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor.

onlineAida (left) believes that everyone should have the opportunity to learn carpentry, regardless of their background or age.- AIDA IHSANI

Wanita ini percaya bahawa setiap orang berpeluang untuk belajar pertukangan kayu, tanpa mengira latar belakang atau usia mereka. — Instagram/iamaidaihsani

Bagaimanapun selepas berpisah, Aida telah menjenamakan semula dirinya sebagai Aida Ihsani, dengan tumpuan utama diberikan pada bengkel pertukangan kayu untuk wanita.

Aida percaya bahawa setiap orang harus mempunyai peluang untuk belajar pertukangan kayu, tanpa mengira latar belakang atau usia mereka.

Mengenang kembali minatnya dalam pertukangan kayu, Aida berkata, dirinya membesar dengan cita-cita untuk menjadi peguam kerana ketika itu, menjadi tukang kayu adalah pilihan kerjaya yang tidak konvensional terutamanya untuk wanita.

"Namun, setelah memperoleh ijazah undang-undang, hati saya mulai berubah dan memutuskan untuk menentang norma sosial untuk memasuki dunia korporat.

"Kemudian ketika bekerja untuk sebuah NGO, saya menjadi sukarelawan membina rumah bagi Orang Asli, dari situlah saya berjinak-jinak dengan dunia pertukangan kayu.

"Saya ingin keluar dari zon selesa dan terlibat dalam kerja yang bermakna dengan tangan saya sendiri," tutur wanita tersebut.

MAIN'I want other women to have hands-on experience of using power tools so they can do DIY or any home improvements on their own,' says Aida. - Photos: AIDA IHSANI

Aida mahu wanita lain mempunyai pengalaman praktikal menggunakan peralatan pertukangan supaya dapat melaksanakan projek DIY. — Instagram/iamaidaihsani

Dominasi

Tidak dinafikan, menceburi perniagaan pertukangan kayu bukanlah mudah bagi Aida, kerana ia adalah bidang yang didominasi oleh lelaki.

Tukang kayu itu mengakui, apabila menyebut tentang penglibatannya dalam bidang pertukangan kayu, ramai menganggap dirinya bekerja di bahagian perakaunan atau reka bentuk dalam syarikat.

"Mereka sukar memahami idea tentang perniagaan pertukangan kayu yang dimiliki oleh wanita.

"Apatah lagi untuk memahami bahawa saya sendiri yang mengendalikan mesin, termasuk gergaji meja dan alat kuasa lain.

"Pertukangan kayu juga memerlukan tenaga fizikal, tetapi itu tidak seharusnya menghalang wanita untuk melakukannya," tegas Aida.

Bengkel anjurannya telah menarik perhatian wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat dan membantu wanita menghasilkan projek pertukangan kayu dalam satu- satu masa.

Remaja, suri rumah termasuk warga emas sanggup datang dari jauh seperti Pulau Pinang, Johor dan Sabah untuk mendaftar di bengkelnya.

Aida yakin bahawa pengalaman bengkel harus disesuaikan dengan keperluan dan kehendak peserta, bagi memastikan mereka memperoleh kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Di bengkelnya, tidak perlu bimbang jika anda membuat kesilapan jangan gentar untuk bertanya tentang perkara yang tidak diketahui.

"Di sini, mereka saling menyokong antara satu sama lain," kata Aida.

Dengan setiap bengkel, Aida menyaksikan visinya untuk membina komuniti wanita yang mahir dan berdaya menjadi kenyataan, membuktikan bahawa pertukangan kayu adalah bidang yang boleh diterokai oleh semua wanita, tanpa mengira cabaran yang dihadapi. The Star/SHEELA CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram