[VIDEO] 'Tolong jangan backup lagi', anak bekas ahli GISBH dakwa ibu diperdaya pengikut


  • Tular
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Tangkap layar seorang wanita mendedahkan sisi gelap dalam organisasi GISBH.

SEORANG wanita mendesak orang ramai supaya tidak mempertahankan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang difatwa kumpulan ajaran sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Perlis pada Jumaat.

Menerusi hantaran video di laman sosial pada Jumaat, individu berkenaan mendakwa, dia merupakan salah seorang bekas anak jagaan di rumah amal terbabit, namun berjaya dibebaskan oleh neneknya.

Dakwanya, ibunya merupakan antara bekas pengikut di rumah amal GISBH dan pernah diperdaya pengikut organisasi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Seramai 13 budak GISB pernah diliwat — KPN

BACA LAGI: Soal siasat mangsa diselamatkan dari rumah amal GISB dijangka ambil masa 2 minggu — Ketua Polis Negara

Kronologi detik hitam dilalui ibunya bermula apabila diajak menjadi sebahagian daripada ahli rumah amal berkenaan sebelum diminta berkahwin dengan salah seorang ustaz di situ.

Namun, dia kemudiannya diceraikan atas faktor tertentu dan sekali lagi berkahwin dengan seorang lagi pendakwah dalam organisasi terbabit sebagai isteri keempat.

Malang berganda buat ibunya apabila dibuli dan diarah melakukan kerja pembersihan di rumah tersebut selain turut menjadi penjaga kepada anak-anak tirinya.

Jelasnya, sehingga kini ibunya masih trauma dan tertekan ekoran sejarah hitam yang melanda dirinya sepanjang menetap di rumah rangkaian GISBH itu.

Wanita terbabit kini dipercayai menetap di luar negara bersama ibunya yang dikatakan masih menjalani rawatan akibat kejadian tersebut.

Peka dengan isu yang melanda negara ketika ini, dia juga menggesa agar organisasi tersebut dikenakan tindakan undang-undang tegas atas pelbagai kesalahan dilakukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram