
BEKAS Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia pada pukul 7.10 pagi Jumaat di kediamannya dekat Bukit Chedang, Negeri Sembilan.
Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, tahap kesihatan penasihat negeri parti tersebut sudah merosot dan menjalani rawatan sejak lima bulan lalu.
"Datuk Eddin dibawa pulang ke rumahnya pada Khamis setelah menerima rawatan di sebuah hospital swasta. Kami ada bersama keluarganya sejak semalam. Pemergiannya amat dirasai Perikatan Nasional Negeri Sembilan.
BACA LAGI: 'Jangan fikir bila saya tidak ada', Allahyarham Tun Hanif 'mastermind' di sebalik kebijaksanaan UTK
BACA LAGI: Allahyarham Rozaid pejuang kental, pernah ditahan di bawah ISA — PM Anwar
"Salam takziah diucapkan buat keluarga Datuk Eddin Syazlee, semoga rohnya dicucuri rahmat," katanya kepada media pada Jumaat sambil menyifatkan Allahyarham sebagai seorang ahli politik berpengalaman.
Allahyarham Eddin Syazlee pernah bergelar Ahli Parlimen Kuala Pilah dan memegang jawatan sebagai timbalan menteri komunikasi dan multimedia selain timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri serta timbalan menteri di Kementarian Kerja Raya.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Chedang untuk disembahyangkan sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale untuk dikebumikan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Dr Nurul Azlin Ibrahim, dua anak lelaki dan seorang perempuan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram