MALAYSIA menduduki kedudukan ketujuh sebagai negara paling dipercayai berdasarkan hasil kaji selidik Barometer Kepercayaan Edelman, lapor Buletin TV3.
Dalam tinjauan dilakukan terhadap 28 negara itu, Malaysia naik dua anak tangga daripada kedudukan sebelum ini dengan mencatatkan kutipan sebanyak 68 mata dalam Indeks Kepercyaan yang merangkumi beberapa perkara.
Ia termasuklah kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan, media, badan bukan kerajaan (NGO) dan perniagaan.
BACA LAGI: Starbucks lancar kempen perkasa komuniti pekak dan autisme, salur bantuan ke Gaza
BACA LAGI: Pematuhan ESG penting, tingkat produktiviti eksport PKS
Skor kepercayaan diraih kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat. — Agensi
Pecahan markah mengikut kategori yang diraih Malaysia adalah 67 (kerajaan), 60 (media), 70 (NGO) dan 75 (perniagaan). Peningkatan paling signifikan adalah dari sudut kerajaan yang meningkat 13 mata sejak tahun lalu.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Edelman Malaysia, Chris de Cruz, peningkatan tersebut berlaku kerana persepsi awam terhadap tadbir urus dan rangka kerja institusi di negara ini semakin baik.
"Perniagaan yang seiringan dengan nilai-nilai awam dan secara aktif menangani kebimbangan masyarakat, lebih cenderung meraih sokongan orang ramai. Perniagaan adalah institusi paling dipercayai dalam Barometer Kepercayaan Edelman yang dilihat sebagai mekanisme inovasi.
"Bagaimanapun, perniagaan juga perlu mengutamakan pelaksanaan dan menerima perubahan sama seperti penyelidikan dan pembangunan," ujar De Cruz.
Dalam masa yang sama, kajian Edelman juga mendedahkan warga Malaysia berharap agar golongan ketua pegawai eksekutif untuk teguh dalam isu-isu penting seperti gaji saksama, perubahan iklim dan ketidaksamaan ekonomi.
Selain Malaysia, terdapat tiga lagi negara yang berada dalam senarai 10 terbaik iaitu Indonesia, Thailand dan Singapura. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram