ARKITEK memainkan peranan sangat penting dan berpengaruh dalam pembangunan negara.
Dengan kehalusan dan ketelitian hasil tangan, golongan ini mereka bentuk banyak bangunan, kawasan perumahan dan bandar dengan fungsi, kemampanan dan mempunyai nilai budaya penting mempengaruhi cara kita hidup masyarakat serta interaksinya bersama persekitaran.
Pada masa sama, hasil daripada idea yang menggabungkan kreativiti dan kepakaran terknikal golongan ini turut mencetuskan pembinaan bangunan ikonik di seluruh negara.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia ke-61, adalah baik untuk kita telusuri semula beberapa mercu tanda seni bina direka oleh arkitek tanah air.
Sering dianggap sebagai 'Bapa Seni Bina Moden' Malaysia, Hijjas Kasturi bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan dalam dunia seni bina di Malaysia.
Ini kerana sumbangannya cukup penting dan signifikan terhadap landskap seni bina negara.
Menara Tabung Haji di Kuala Lumpur yang hasil seni bina Hijjas yang masih tersergam megah di ibu kota.
Beliau dikenali kerana pendekatannya yang inovatif dalam seni bina melalui penggabungan reka bentuk kontemporari dengan elemen budaya tradisional.
Pada tahun 1936, Hijjas dilahirkan daripada keluarga seorang bapa berketurunan Melayu dengan ibunya yang berketurunan Jawa.
Beliau juga terpaksa melalui tempoh awal kehidupannya dalam suasana kemiskinan dan memerlukannya untuk bekerja keras.
Dalam tempoh tersebut, Hijjas seterusnya menerima latihan sebagai jurulukis sebelum mendapat biasiswa Pelan Colombo untuk melanjutkan pelajaran di Australia sehingga beliau memperoleh kelayakan sebagai arkitek dan perancang bandar.
Sekembalinya ke tanah air pada 1966, beliau mula bekerja sebagai arkitek dan perancang bandar dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan sebelum menerima jawatan mengajar di Institut Teknologi MARA (ITM) di Malaysia.
Beliau seterusnya diberi tanggungjawab menubuhkan sebuah sekolah seni bina di ITM yang kemudiannya dikenali sebagai UiTM.
Pada 1977, beliau turut mengasaskan Hijjas Kasturi Associates.
Selama bertahun-tahun, reka bentuk hasil kerja Hijjas telah mencipta warisan seni bina yang memberi impak besar di Malaysia.
Malah, terdapat beberapa mercu ikonik yang turut mendapat sentuhannya dan menjadi sebahagian daripada identity negara termasuk di ibu kota Kuala Lumpur (KL).
Menara Tabung Haji
Diselesaikan pada tahun 1984, Menara Tabung Haji adalah salah satu seni bina awal hasil kerja Hijjas. Menara pejabat 37 tingkat ini merupakan mercu tanda ikonik dalam cakerawala Kuala Lumpur, dengan siluet arca dramatiknya yang melengkung dan berbentuk runcing.
Mirip bentuk jam pasir, plat lantai bulat direka dengan lima tiang periferal untuk melambangkan lima tonggak agama Islam.
Hingga hari ini, Menara Tabung Haji berdiri teguh sebagai salah satu bangunan yang paling dikenali di KL.
Menara Telekom
Menara TM yang turut mendapat sentuhan seni bina Hijjas siap pada 2001.
Salah satu binaan paling terkenal rekaan Hijjas merupakan Menara Telekom atau dikenali sebagai Menara TM.
Bangunan setinggi 55 tingkat di KL ini disiapkan pada 2001 menjadikannya sebagai bangunan kelima tertinggi di Malaysia.
Ia direka sebagai bangunan pintar yang mengutamakan kecekapan tenaga.
Bagi menonjolkan elemen kekuatan dan daya tahan, reka bentuk menara tersebut menggunakan idea tunas buluh muda dengan daunnya bertunas ke atas dan dalam posisi ke arah mencapai cahaya matahari.
Dengan taman terbuka di setiap tiga tingkatnya, penyerapan haba solar dikurangkan pada muka bangunan di Timur-Barat.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Projek luar biasa lain yang mendapat sentuhan Hijjas adalah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang dibina di atas bukit di Putrajaya.
Rekaan bangunan ini mempunyai bentuk bumbung unik menyerupai perak pending, iaitu tali pinggang perak tradisional yang digunakan kerabat diraja Melayu.
Disempurnakan pada 2003, reka bentuk yang unik ini dengan cukup bijak menggabungkan pengumpulan cahaya siang, deretan tiang dan bumbung bergelung besar untuk menyejukkan ruang di bawahnya.
Pusat Konvensyen Antarabangsa yang tersergam indah di atas sebuah bukit di Putrajaya juga merupakan idea seni bina daripada Hijjas.
Rekaan seni bina yang sensitif mencipta ruang di bawah bukit untuk secara halus menyembunyikan saiz bangunan tersebut yang terlalu besar.
Hasilnya adalah permata seni bina yang mengagumkan di atas sebuah bukit hijau.
Kesemua seni bina bangunan hasil rekaan Hijjas mencerminkan kegigihannya untuk menanam simbolisme budaya dan bentuk seni bina ke dalam seni arkitekturnya.
Impak Hijjas juga meluas jauh melampaui bangunan ikoniknya.
Hijjas turut dianggap sebagai hero seni bina dalam kalangan pelajar di Malaysia dan menjadi sumber inspirasi untuk arkitek muda yang mahu berjaya.
Hari ini, beliau adalah ikon, mentor, dan pendidik dengan karyanya terus memberi inspirasi kepada generasi arkitek masa depan.
Komitmen beliau terhadap seni bina yang mapan dari segi alam sekitar dan sensitif budaya tidak hanya meninggalkan kesan pada cakerawala Malaysia tetapi juga menanamkan penghargaan yang mendalam terhadap reka bentuk lestari dan relevan dengan budaya di seluruh Asia Tenggara. — The Star/TAN BEE EU
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram