[VIDEO] Kes GISB: Agong titah PDRM jalankan siasatan dan ambil tindakan segera


  • Primer
  • Selasa, 17 Sep 2024

Sultan Ibrahim menitahkan PDRM menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu dakwaan jenayah serta penganiayaan kanak-kanak berkaitan dengan rumah amal GISBH.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu dakwaan jenayah serta penganiayaan kanak-kanak berkaitan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Seri Paduka Baginda pada masa sama turut memandang serius kes berkenaan selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di media massa mengenai rumah amal tersebut.

BACA LAGI : [VIDEO] Bapa budak lelaki kena rotan di rumah amal GISB buat laporan polis

BACA LAGI : [VIDEO] Seramai 13 budak GISB pernah diliwat — KPN

"Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah Seri Paduka Baginda yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Sultan Ibrahim juga bertitah mengingatkan bahawa perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.

Justeru, Sultan Ibrahim turut menasihatkan semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan melampau berhubung isu agama kerana ia sangat sensitif dan perlu ditangani dengan berhati-hati.

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan diambil,” titah Seri Paduka.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram