EMPAT pegawai polis berpangkat Inspektor melakar sejarah mereka tersendiri apabila menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Inspektor Nur Hidayah Mohd. Aisa, 34, Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli, 32, Inspektor Siti Nabila Abdullah, 34 dan Inspektor Yeoh Yee Chee, 32 antara 12 juruterbang PGU yang berjaya menamatkan kursus Private Pilot’s Licence (PPL) No 19, Siri 01/2021.
Keempat-empat mereka dianugerahkan lencana sayap juruterbang yang disematkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sempena Hari Ulang Tahun PGU ke-44 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) dekat Ipoh, Perak pada tahun lalu.
BACA LAGI: 'Menyerahlah yob', pengganas Al-Maunah minta izin mandi dulu sebelum serah diri
BACA LAGI: Francis Chai 'Crocodile Hunter' tanpa senapang, sentiasa hormati 'Bujang Senang'
Keempat-empat wanita berkenaan telah berkhidmat dalam pasukan polis di pelbagai jabatan dan negeri sebelum memohon program latihan penerbangan tersebut.
Lebih membanggakan lagi, salah seorang penerima, Nur Hidayah Mohd dipilih sebagai penerima Anugerah Peserta Kursus PPL Terbaik.
Wanita yang berasal dari Ipoh itu berkata, dia mula menyertai latihan tersebut pada 2021 dan tamat latihan pada tahun lalu.
"Jika saya tidak sertai sekarang, saya mungkin tidak berpeluang untuk pengambilan seterusnya, sebab itu saya tidak mahu lepaskan peluang ini.
"Kalau dari segi cabarannya pula, kami perlu menunjukkan kebolehan sama seperti peserta lelaki baik.
"Satu-satunya kriteria yang ditetapkan untuk wanita semasa latihan selama satu setengah tahun itu adalah kami tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh tersebut,” tambahnya," katanya yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, Sarawak.
Sementara itu, Yee Chee yang berasal dari Pulau Pinang dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial selama tujuh tahun di Kedah, berkata, dia memutuskan untuk menyahut cabaran apabila melihat program latihan dibuka kepada wanita.
"Selepas memenuhi semua syarat, saya membuat keputusan untuk memohon dan melalui peringkat yang diperlukan sebelum dipilih.
"Ini adalah saat yang amat membanggakan bagi saya, dan saya tidak sabar untuk penerbangan kerja rasmi pertama saya," katanya, sambil menambah bahawa kini dia boleh mula memikirkan tentang berkeluarga.
Keempat-empat juruterbang wanita tersebut mengakui latihan untuk menamatkan kursus Private Pilot’s Licence (PPL) No 19, Siri 01/2021 bukanlah mudah. — Facebook/PDRM
Pada masa sama Siti Nabilah yang telah berkhidmat dalam pasukan polis selama enam tahun mengakui latihan itu bukanlah mudah dan saat yang paling menakutkan adalah semasa latihan penerbangan solo.
"Semasa penerbangan solo pertama, saya teruja tetapi pada masa yang sama gementar, kerana sebahagian daripada latihan adalah untuk berlepas dan mendarat dengan selamat.
"Sekarang latihan kami telah selesai, bagi mereka yang sedang menjalinkan hubungan boleh mula memikirkan tentang perkahwinan dan berkeluarga," katanya berseloroh.
Dalam pada itu, Komander PGU, Datuk Noor Sham Md. Jani berkata, terdapat banyak kekangan dalam pengambilan juruterbang wanita, termasuk isu kehamilan pegawai yang sudah berkahwin.
"Tetapi kami memutuskan untuk menetapkan terma dan syarat sebelum pemilihan pelatih wanita, termasuk untuk tidak membenarkan mereka berkahwin semasa tempoh latihan.
"Daripada 36 pemohon, empat yang terbaik telah dipilih, dan saya amat berbangga dengan juruterbang wanita perintis kami yang berjaya menamatkan latihan mereka.
"Pada masa ini, terdapat enam lagi juruterbang wanita yang sedang menjalani latihan untuk unit helikopter kami.
"Kami menggalakkan lebih ramai wanita untuk menyertai program latihan ini,"tambahnya. — The Star/ MANJIT KAUR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram