Usah pertikai dokumen pembentukan Malaysia — Wan Junaidi


  • Primer
  • Isnin, 16 Sep 2024

Semangat kenegaraan tidak perlu dipertikaikan kerana ia sudah termaktub dalam dokumen-dokumen perlembagaan.

PEMBENTUKAN Malaysia pada 1963 dibuat berdasarkan dokumen-dokumen yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dipertikaikan, jelas Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu berkara, dokumen-dokumen itu termasuk Memorandum Jawatankuasa Perundingan Solidariti Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbod dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report).

Selain itu, terdapat juga Akta Malaysia 1963 (UK), Akta Malaysia 1963 (Tanah Melayu), Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perjanjian tambahan kepada Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

BACA LAGI: 'Ini hadiah untuk Malaysia', Pearly Tan-Thinaah bangga cipta sejarah negara

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Palestin hargai Malaysia, kirim mesej khas sempena Hari Merdeka

"Dalam erti kata lain, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat MA63," katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari Malaysia ke-61 pada Isnin.

Beliau berkata, penggabungan tiga wilayah terdiri daripada Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah melalui MA63 merupakan batu asas hakiki menjadikan Malaysia sebuah negara lebih besar dan berkembang maju secara berimbang.

Interview with Minister in the Prime Minister's Department (Parliament and Law) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. — YAP CHEE HONG/The Star

Wan Junaidi menegaskan pembentukan Malaysia tidak perlu dipertikaikan.

Wan Junaidi turut berkata, sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang dibentuk bersama dengan Perlembagaan Malaysia menyaksikan kebersatuan tiga wilayah berkenaan.

Beliau menegaskan negara sudah berkembang maju setelah enam dekad melalui pelbagai cabaran dan rintangan sebelum berdiri megah di persada dunia dengan perpaduan merupakan tunjang utama untuk kemajuan berterusan ini.

Menurut beliau, usaha mengintegrasi masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercayaan dari pelbagai wilayah dan latar belakang bukanlah tugas mudah dan meminta semua rakyat bertekad untuk bersama-sama menghayati sejarah pembentukan Malaysia.

"Marilah kita sama-sama menjulang aspirasi Malaysia menerusi fakta sejarah ini. Janganlah kita berbalah, memporak-perandakan harmoni yang telah sekian lama terbina," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram