MAYAT seorang bayi lelaki ditemui seorang tukang kebun di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, Kuala Berang, Terengganu pada Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pasir Simpul, Muhammad Mustaffa dilaporkan berkata, beliau dimaklumkan oleh tukang kebun masjid, Junaidi Sulaiman berhubung penemuan itu.
BACA LAGI: Disangka mahu serang, ikan paus kelilingi pendayung wanita rupanya 'cari teman'
Anggota badan mangsa yang terkeluar daripada tangki tersebut. — Facebook
Katanya, tukang kebun masjid memberitahu bahawa dia terhidu bau busuk ketika mencuci tandas yang tersumbat.
"Junaidi kemudian mencungkil takung pam air tandas berkenaan sebelum terkeluar tangan dari dalam takungan pam.
"Terkejut dengan penemuan itu, Junaidi kemudian menghubungi saya dan pengerusi masjid sebelum menghubungi polis," katanya.
BACA LAGI: Pencarum ada pilihan pindah dana simpanan Akaun Sejahtera ke Akaun 3 KWSP
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata dilaporkan berkata, siasatan polis menjumpai bayi cukup sifat dan mereput.
"Hasil bedah siasat mendapati, bayi itu adalah lelaki dan sudah meninggal dunia melebihi 24 jam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan suspek masih dikesan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram