Covid-19 detik mula, anak Malaysia tidak gentar buka restoran masakan Melayu di Kota London


  • Bizz
  • Isnin, 16 Sep 2024

Mastura (kiri) membuka Jasmine Restaurant yang beroperasi di Kota London ketika dunia sedang berdepan pandemik Covid-19.

BERANI ambil risiko, itu boleh dikatakan kepada Datin Seri Mastura Yusoff yang mula membuka langkah mengusahakan industri makanan dan minuman (F&B) di Kota London meskipun seluruh dunia masih berdepan impak pandemik Covid-19.

Diberi nama Jasmine Restaurant sempena nama anak gadisnya, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Ahmad Sukimi Ibrahim ini berkata, idea menjalankan perniagaan itu tercetus pada Disember 2021.

Pada waktu itu, beliau berkata, dirinya memang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang F&B dan hanya berbekalkan hanya terhadap kemahiran memasak dan keinginannya untuk membuka restoran sendiri.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Jasmine Restaurant President Datin Sri Mastura Yusoff during the Mou Between Jasmine Restaurant & Wawasanita  in Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Datin Seri Mastura Yusoff

"Ketika mula tiba di sana dulu, United Kingdom (UK) sudah melonggarkan sekatan berbanding di Malaysia tetapi hotel di mana kami beroperasi tidak mempunyai pelanggan.

"Namun kami percaya dengan kelonggaran yang mula diberikan pihak berkuasa di sana perniagaan ini mempunyai potensi yang besar. Selepas meninjau lokasi dan keadaan restoran saya dan suami bersetuju untuk menjalankan perniagaan di sana.

"Konsep yang kami ketengahkan ini seimbang ada masakan Malaysia juga masakan Inggeris. Masakan Malaysia seperti sate, nasi goreng, nasi lemak, roti canai, asam pedas, kari dan sebagainya. Masakan barat seperti kebiasaannya," ujarnya.

Beliau turut melahirkan penghargaan atas kerjasama daripada suaminya dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan perniagaan di sana.

Pada masa sama, Mastura berkata, sebagai suri rumah, beliau mengakui agak terkejut apabila mendapat tawaran untuk membuka restoran di Kota London.

Ujarnya, peluang tersebut juga sebenarnya hadir tanpa diduga selepas masakannya itu dirasai oleh rakan-rakan kepada suaminya.

"Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya ada masak nasi dagang dalam kuantiti yang banyak dan hantar kepada ramai pihak termasuk kepada rakan-rakan suami.

"Jadi kerana masakan itu ada antara mereka ini telefon suami dan tawarkan peluang untuk berniaga di sana kerana restoran di hotel di London itu sudah lama tidak beroperasi," ujarnya yang turut kerap menolong ibunya berniaga nasi di kampung semasa masih muda.

6280460660840185537

Antara hidangan yang disediakan di Jasmine Restaurant di Kota London. jasmineparkcity

Mastura berkata, pendedahan menerusi penglibatan suaminya dalam dunia perniagaan juga sedikit sebanyak membantu memberikan sedikit sebanyak panduan buatnya untuk memulakan restoran berkenaan.

"Cuma bezanya suami bukan dalam bidang F&B tetapi ilmu itu sedikit sebanyak kita sudah ada," katanya.

Dalam pada itu, Mastura berkata dianggarkan sebanyak RM3 juta diperlukan untuk membuka restoran berkenaan dengan Felda memberi peluang kepadanya menyewa restoran berkenaan dengan dirinya menguruskan 100 peratus premis berkenaan.

Daripada segi bulanan, beliau memperuntukkan RM30,000 bagi menampung kos operasi membabitkan antaranya bahan mentah, bayaran sewa, gaji dan utiliti.

"Mengambil kira segala perbelanjaan dan kekangan yang dihadapi kerana mula menjalankan perniagaan ketika pandemik, selepas lapan bulan beroperasi barulah kita mula merasai untung.

Menurutnya, seperti perniagaan lain, restorannya turut berdepan dengan tempoh awal yang sukar untuk memperoleh pelanggan kerana situasi pandemik Covid-19.

"Bagi pelanggan 'walk in' dalam tempoh tiga bulan memang tiada langsung tetapi alhamdulilah angka itu kemudian meningkat hari ke hari.

"Dari sudut cabaran pastinya kita perlu memahami peruntukan undang-undang sesebuah negara bagi mengelak melakukan kesalahan yang mungkin kita anggap tidak salah. Seperti nak potong pokok di kawasan restoran pun perlu minta kebenaran pihak berkuasa.

"Tetapi yang paling mencabar sudah pasti membabitkan staf kerana kos yang tinggi dan upah mereka dibayar mengikut jam. Setakat ini kita mempunyai enam staf dan kita bercadang membawa orang Malaysia bekerja di sana pada masa akan datang," ujarnya.

Mastura bagaimanapun berkata, bagi memastikan nama restoran ini dikenali, kami aktif terbabit dalam pelbagai penganjuran membabitkan komuniti dan persatuan setempat, dari Singapura dan juga dari Malaysia yang akan menjadikan restoran ini sebagai lokasi penganjuran program.

Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan, beliau mengakui menyimpan hasrat untuk membuka lebih banyak lagi restoran dengan jenama Jasmine termasuk dengan berpoperasi di Malaysia dan Dubai.

"Buat masa ini dalam usaha membantu lebih ramai usahawan wanita di Malaysia, Jasmine Restaurant menjalin kerjasama dengan Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita) untuk memasar produk mereka ke UK.

"Jasmine Restaurant akan dijadikan sebagai hub bagi membolehkan produk sedia eksport dipasarkan ke peringkat global," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram