PIHAK Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menutup sekolah-sekolah yang terkait dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).
Menurut Pengerusi MAIS, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, sekolah-sekolah yang sudah diserbu pihak berkuasa itu akan ditutup kerana GISBH mempunyai rekod dengan ajaran sesat Al-Arqam di Selangor.
"Video yang tular membabitkan GISBH dengan ajaran dan amalan Al-Arqam yang diharamakan di Selangor di bawah tiga fatwa yang dikeluarkan pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan 2 Disember 2006.
BACA LAGI: Hampir 40 rumah jagaan disyaki milik GISBH dalam radar polis — KPN
BACA LAGI: Sesi perbincangan dengan GISBH dah mula sejak 2019 — Jakim
"Fatwa mengharamkan apa-apa pendidikan dan amalan yang menyerupai dengan Al-Arqam.
"Pegawai penguatkuasa agama dan nazir sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah menyiasat segera semua rumah kebajikan dan sekolah yang dikaitkan dengan GISBH bagi memastikan tiada ajaran sesat disebarkan di premis berkenaan,” kata Abdul Aziz.
Abdul Aziz turut berkata, sekolah-sekolah tersebut akan ditutup dan ditarik balik pendaftarannya sekiranya didapati mengamalkan ajaran sesat berdasarkan undang-undang syariah.
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dengan mereka menyokong tindakan pihak berkuasa menentang sebarang keganasan termasuklah gangguan seksual di sekolah yang termaktub dengan undang-undang syariah. — The Star/ZAKIAH KOYA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram