Kes buli siber naik mendadak dalam kalangan remaja termasuk gangguan seksual — Noraini Ahmad


  • Primer
  • Isnin, 02 Sep 2024

Kes buli siber dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. — Gambar hiasan

BILANGAN kes buli siber dan gangguan seksual dalam kalangan remaja dilaporkan meningkat dengan mendadak sejak beberapa tahun.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, setakat Julai 2024, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 6,598 laporan kes berkenaan buli siber.

Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding pada 2021 apabila SKMM cuma menerima 326 kes pada waktu tersebut.

BACA LAGI: Kerajaan disaran tubuh agensi nasional berpusat AI, laksana dan selaras strategi tadbir urus teknologi

BACA LAGI: Hyperlink, permintaan maklumat peribadi antara kandungan terlarang dalam SMS berkuat kuasa 1 September

Noraini berkata, kesan daripada buli siber adalah lebih teruk berbanding buli fizikal kerana ia boleh meninggalkan kesan kepada mental si mangsa.

Malah, buli tersebut boleh berlaku dengan kerap kerana ia lebih mudah dilakukan di hujung jari.

"Pihak SKMM menerima banyak aduan mengenai buli siber yang termasuk dengan gangguan seksual. Ia boleh dilakukan berulang kali kerana ia hanya perlu menaip menggunakan jari.

"Penggunaan bahan rakaman atau gambar juga boleh menyebabkan tekanan kepada mangsa kerana kandungannya akan terus tersebar dan dikongsi secara dalam talian," kata Noraini pada Isnin.

Noraini juga menambah yang ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan mendidik anak-anak menggunakan media sosial secara berhemah. — The Star/IVAN LOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram