Covid-19 'paksa' tutup ladang kambing, suami isteri tukar tanah gersang di Klang jadi 'hutan makanan'


  • Bizz
  • Khamis, 12 Sep 2024

Abdul Razak, isterinya Intan, anak perempuannya Au Diya dan cucunya di hutan makanan.

DI satu sudut kawasan perumahan yang damai di Klang, Selangor, terdapat sebidang tanah seluas 0.75 ekar (0.3 hektar) yang menjadi lambang mengenai kisah pemulihan dan penghidupan semula yang diusahakan sebuah keluarga..

Sebaik sahaja melangkah masuk, anda akan disambut cahaya matahari yang memancar menembusi kanopi rimbunan pohon dan pokok renek, menerangi laluan berliku menghubungkan hutan kecil diusahakan dengan penuh teliti yang terletak di antara pejabat dan kediaman.

Tanah ini mempunyai lebih 286 spesies tumbuhan yang berbeza di hampir setiap sudut meliputi tapak semaian rumah hijau untuk tumbuhan eksperimen, tempat kompos untuk mencipta baja kompos, taman herba boleh dimakan, dan hutan makanan yang matang.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Tanah tersebut mempunyai lebih 286 spesies tumbuhan yang berbeza di hampir setiap sudut meliputi sebuah tapak semaian rumah hijau untuk tumbuhan eksperimen, satu tempat kompos untuk mencipta baja kompos, satu taman herba yang hasilnya boleh dimakan, dan hutan makanan yang sudah matang.

Selama bertahun-tahun, hutan makanan itu memberikan hasil berupa ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk Abdul Razak Abdul Aziz, isterinya Intan, dan keluarga mereka yang terdiri daripada lapan orang.

Abdul Razak and his grandson in his greenhouse nursery watering the plants. — KK SHAM/The Star

Abdul Razak dan cucunya di tapak semaian rumah hijaunya untuk menyiram tanaman.

20 ekor ayam yang dilepas bebas berkeliaran di tanah tersebut, menghasilkan 10 hingga 20 biji telur setiap hari dan membantu dalam proses pengkomposan dengan memakan sisa-sisa dapur.

Tempat perlindungan yang berkembang pesat ini bukan hanya menjadi lambang ketahanan pasangan ini; ia adalah nadi kepada kisah luar biasa mengenai usaha pemulihan tanah yang dilakukan.

Perjalanan Abdul Razak dan Intan dalam bidang pertanian dan hutan makanan bermula dari keperluan serta hubungan mendalam mereka dengan alam semula jadi.

Dengan latar belakang bidang reka bentuk, mata pasangan sememangnya cukup peka untuk mengenal pasti estetika yang wujud dan komitmen terhadap kelestarian sekali gus mencetuskan minat dalam pertanian sebagai cara hidup yang lebih bermakna.

18 tahun lalu, Abdul Razak dan Intan, menceburi bidang penternakan kambing meskipun mereka ketika itu langsung tidak memiliki sebarang pengalaman.

Langkah untuk terlibat dalam penternakan itu didorong oleh impian sepanjang hayat ayahnya yang telah meninggal dunia dan aspirasi yang dikongsi bersama oleh mereka.

“Kami dua orang pereka yang tidak tahu apa-apa tentang pertanian. Tapi kami gelarkan diri kami sebagai petani yang sudah ditakdirkan," kongsi Abdul Razak.

(pls use) The space in 2018 before they started planting the food forest.

Ruang tanah milik keluarga Abdul Razak pada 2018 sebelum mereka mula menanam hutan makanan.

Disebabkan pandemik Covid-19, mereka menutup ladang kambing itu, mengalihkan fokus mereka kepada perundingan kelestarian dengan Seeds Malaysia dan memulakan usaha memulihkan tanah di rumah keluarga mereka di Klang.

Namun, Abdul Razak menghadapi cabaran besar dengan tanah yang sudah berdepan dengan proses degradasi kerana ia sudah dilapisi dengan tanah liat, tanah gambut dan air, menjadikannya tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman.

“Sebelum kami mula memulihkan tanah, semua yang kami tanam mati dalam masa tiga bulan,” katanya.

Ekoran daripada itu, beliau tidak berputus asa dan mula mengkaji kes-kes di Malaysia dan dari seluruh dunia di samping turut belajar untuk menilai petunjuk yang cuba diberikan daripada tanahnya sendiri.

Abdul Razak juga mendapat inspirasi daripada projek Loess Plateau di China, yang menyaksikan usaha pemulihan yang meluas telah mengubah tanah yang gersang menjadi ekosistem berkembang pesat dalam tempoh 12 tahun, menggunakan konsep hutan makanan.

“Saya meremang bulu roma bila tengok video itu, dan bila itu berlaku, ia memberi saya semangat,” katanya.

Didorong oleh kisah kejayaan ini, serta pandangan dari pakar permakultur seperti Geoff Lawton dan Rhamis Kent, perjalanan Abdul Razak mengambil arah yang penting apabila dia menemui satu video yang menampilkan mendiang Profesor Dr Akira Miyawaki.

Ahli botani Jepun yang terkenal itu menunjukkan cara mencipta hutan makanan dalam tempoh lima tahun, membangkitkan rasa ingin tahu Abdul Razak dan mendorongnya bereksperimen dengan pelbagai konsep untuk meningkatkan kesihatan tanah dan merangsang pertumbuhan tanaman.

To take photos of kitchen garden, food forest layers, people working in garden, harvest shot, portrait of interviewee. contributor Beatrice — KK SHAM/The Star

Abdul Razak di bawah kanopi pokok buluhnya berusia 40 tahun yang turut memberi kehidupan kepada tanah di bawahnya yang kini kaya dengan cacing dan mikroorganisma.

Apa yang bermula sebagai usaha eksperimen kemudiannya maju dengan pantas dan melebihi jangkaan.

Pendekatan Abdul Razak, yang melibatkan penggunaan kompos secara konsisten, enzim dan pemilihan tumbuhan yang strategik, terbukti sangat berkesan.

“Kami mula menanam tumbuhan pengikat nitrogen seperti gelenggang (cassia senna), petai belalang, moringa dan asam jawa dalam corak grid. Dalam tempoh tiga hingga empat bulan sahaja, kami menyaksikan pertumbuhan di bawah pokok-pokok tersebut.

"Apabila kami memperluaskan kawasan untuk memasukkan tumbuhan pengikat nitrogen yang lain, landskap semakin subur. Saya boleh katakan dengan yakin bahawa tumbuhan pengikat nitrogen dapat memulihkan mana-mana tanah. Akar mereka menembusi tanah liat dan memperbaiki kesihatan tanah,” ujarnya.

Mengimbau kemajuan mereka, Abdul Razak berkata, projek itu bermula sebagai eksperimen tapi pertumbuhannya begitu pesat.

"Kami malah melihat pokok pertama setinggi 18 kaki (5.5m) dalam tempoh 20 bulan, dan kami terus berkembang sejak itu,” kongsinya.

Konsep hutan makanan

Hutan makanan dalam permakultur, juga dikenali sebagai taman hutan, merupakan tanah yang mempunyai struktur dan fungsi seperti hutan semula jadi, namun ia memberi tumpuan kepada tumbuhan yang berguna kepada manusia dan haiwan.

Asas hutan makanan adalah tujuh lapisan vegetasi yang pelbagai termasuk pokok, renek, herba, tumbuhan menjalar dan penutup tanah, disusun dengan cara yang memaksimumkan biodiversiti dan ekosistem yang mandiri.

Dalam hutan makanan yang ideal, tujuh tumbuhan boleh ditanam bersama dalam satu meter persegi tanah.

Hutan makanan Abdul Razak menempatkan lebih daripada 45 spesies tumbuhan, termasuk nam-nam, cherimoya, gooseberry, mahkota dewa, malinja (digunakan untuk membuat emping Indonesia), gajus, bidara (epal tempatan), asam jawa, ketum ayam (sumber protein untuk ayam), pokok kluih (spesies tarap tempatan), moringa, chaya dan cincau hijau perdu (premna oblongifolia).

Pelbagai jenis tanaman membesar dengan baik, dipilih dan disusun dengan teliti untuk memastikan persekitaran dalam taman itu memberi keuntungan ekosistem sama rata.

Melalui teknik seperti tanaman pendamping dan kitaran nutrien, input luar serta campur tangan manusia diminimumkan.

Contohnya, nenas ditanam secara strategik di samping pokok nangka supaya nenas akan memberikan hasil sementara pokok nangka menunggu proses untuk matang.

Situasi itu secara langsung memaksimumkan produktiviti di ruang tersebut.

Abdul Razak membuktikan keberkesanan pendekatan ini dan menyatakan jika taman tersebut mempunyai tiga atau empat lapisan, maka ekosistem akan mula berkembang dengan sendirinya.

Mengimbau eksperimen awal mereka, dia mengingati permulaan mereka dengan timbunan pasir sederhana bersaiz 10 kaki x 15 kaki (3m x 4.5m), yang dahulu digunakan oleh ayahnya untuk kerja pembinaan.

Hari ini, ia berfungsi sebagai terarium iaitu taman mini yang berkembang maju – satu bukti hidup kepada sifat hutan makanan yang secara melalui proses pemulihan, bertumbuh dan membiak secara mandiri.

“Kami tak buat apa-apa lagi kepada timbunan itu dan ia terus tumbuh dan tumbuh dan tumbuh,” ujarnya.

Hutan makanan di bandar

Hutan makanan boleh tumbuh dengan baik walaupun di persekitaran bandar, sekali gus menidakkan kepercayaan lama bahawa pertanian memerlukan tanah yang luas.

Pengalaman Abdul Razak dengan sebidang tanah eksperimen seluas 5,000 kaki persegi (465 meter persegi) menunjukkan bahawa walaupun kawasan kecil boleh memberikan hasil yang besar.

To take photos of kitchen garden, food forest layers, people working in garden, harvest shot, portrait of interviewee. contributor Beatrice — KK SHAM/The Star

Lada hantu tumbuh di tapak semaian rumah hijau.

Penduduk bandar boleh meniru proses tersebut dalam skala yang lebih kecil, sama ada di halaman rumah mereka atau di taman komuniti, dengan itu menyumbang kepada keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar.

Menurut Lawton, hutan makanan boleh menyelesaikan banyak masalah sumber makanan pada hari ini.

Di bandar, kebun dapur kecil dan hutan makanan bandar mula muncul sebagai sumber hasil segar dan kehijauan.

Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan kepanasan bandar dan memperbaiki kualiti udara, tetapi juga mewujudkan ruang hijau yang memupuk komuniti dan kesejahteraan.

Abdul Razak berkongsi contoh inspirasi dari USJ 9 di Subang Jaya, Selangor apabila kakitangan restoran mencipta hutan makanan di kawasan kecil berukuran hanya 5 kaki x 15 kaki (1.5m x 4.5m).

“Saya terkejut melihat lebih daripada 20 tumbuhan yang berkembang di sana,” katanya.

“Pekerja itu hanya menaburkan benih, dan sekarang ia subur dengan tanaman pisang, mangga, kari, asam jawa dan serai,” ujarnya.

Tinggal di kawasan tropika, Abdul Razak mengakui Malaysia memiliki kelebihan semula jadi.

“Jika kita belajar daripada alam semula jadi dan bekerjasama dengannya, kemungkinan yang boleh berlaku tidak terbatas. Alam mempunyai penyelesaian untuk kita,” katanya.

Dia turut mengimbau satu anekdot tentang seorang jiran yang pada mulanya ragu-ragu tentang kebun padat ditanamnya tetapi kemudian mengikuti jejaknya setelah mengetahui tentang hasil kerja yang ditunjukkan Miyawaki.

Abdul Razak juga mencadangkan untuk mengamalkan “hutan makanan” di balkoni, menggunakan pasu atau bekas.

To take photos of kitchen garden, food forest layers, people working in garden, harvest shot, portrait of interviewee. contributor Beatrice — KK SHAM/The Star

Ruang keluarga Abdul Razak menggabungkan elemen tradisional seperti pengisar batu dengan karya seni moden sambil ditemani dengan latar tanaman semula jadi.

"Walaupun akarnya tidak bersambung, tumbuhan ini akan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Ada yang tumbuh lebih besar dan mereka akan saling berhubung dengan cara tertentu.

"Kami pernah menjalankan projek dengan hanya satu kaki (0.3m) tanah. Hutan tidak perlu besar. Saya pernah lihat apartmen yang menanam 50 jenis sayuran di balkoni mereka.

"Pagi ini, saya melihat keluar dari tingkap dan merasa bersyukur kerana saya boleh mengira 20 hingga 25 tumbuhan yang boleh dimakan," katanya.

Abdul Razak sedang dalam misi mewujudkan lebih banyak hutan makanan di bandar dan dia percaya bahawa konsep itu adalah penyelesaiannya.

"Jika kita kembali kepada apa yang kita suka makan dan merancang taman kita, dan menggandakannya kepada seribu atau sejuta, dan jika 10 peratus daripada penduduk dunia mengusahakan makanan mereka sendiri, kita semua boleh bertahan kerana 10 peratus tidak akan membazirkan 50 peratus makanan mereka."

Penyembuhan melalui alam semula jadi

Hutan makanan Abdul Razak turut mengubah persekitarannya dengan cara yang luar biasa.

"Populasi burung telah berkembang, dan suhu kini sekurang-kurangnya dua darjah lebih sejuk. Anda boleh melihat bagaimana pokok-pokok hidup bersama dengan haiwan.

"Pemulihan tanah juga telah menjadi pengubah keadaan dan anda boleh melihat kotoran cacing tanah (baja bermanfaat yang dihasilkan oleh cacing tanah) di mana-mana," katanya.

Abdul Razak's dedicated herb and ulam garden. — KK SHAM/The Star

Taman herba dan ulam khas yang berada di hutan makanan diusahakan Abdul Razak.

Perubahan luar biasa ini menekankan keyakinannya bahawa hutan makanan adalah kunci untuk menangani banyak cabaran.

Bagi Abdul Razak, hutan makanannya menjadi penyelamat semasa babak penting dalam hidupnya selepas dia didiagnosis dengan kanser prostat dan tulang tahap empat pada 2022.

Selepas itu, dia menggunakan pendekatan semula jadi, dipandu oleh kepercayaan bahawa alam ada caranya sendiri.

Abdul Razak kini sedang pulih dari kanser, dan falsafah itu telah membentuk perjalanan pemulihannya sambil menekankan potensi penyembuhan makanan, alam, dan amalan holistik.

Pengalaman Abdul Razak menunjukkan cara kuasa transformasi dalam mengusahakan hutan makanan.

"Ada kegembiraan yang luar biasa apabila saya mengumpul telur ayam sendiri. Gaya hidup saya membantu dalam pemulihan saya kerana tahap tekanan saya menurun, dengan senaman dan 200 tanaman di depan pintu rumah saya."

Abdul Razak telah menemui ketenangan dan kekuatan dalam menjaga tanah sebagai sebahagian daripada perjalanannya untuk pulih. Dedikasinya dalam memelihara hutan makanan telah memberikan nafas baharu kepada tanah itu, memberi inspirasi kepada mereka di sekelilingnya. — The Star/BEATRICE YONG

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram