JUMLAH penglibatan kaum orang asli dalam pendidikan tinggi di negara ini semakin meningkat, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Isnin.
Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan yang kerajaan meminggirkan anak-anak orang asli sekali gus menafikan yang peluang mereka terhad dalam melanjutkan pendidikan.
Menurut Zambry, jumlah kemasukan pelajar dari kaum orang asli ke peringkat pendidikan tinggi seperti Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
BACA LAGI: Kesihatan PM Anwar berada di tahap optimum — Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
BACA LAGI: Imbas 'debut' dalam arena politik, Hannah Yeoh ucap selamat ulang tahun buat PM Anwar
Zambry Abdul Kadir.
"Seramai 482 orang asli yang menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke pelbagai bidang di IPT seluruh negara.
"Pendidikan untuk masyarakat orang asli bermula seawal usia kanak-kanak dengan membuka kelas pendidikan prasekolah, tadika, sekolah rendah seterusnya sekolah menengah di kawasan berhampiran penempatan mereka bagi memastikan anak orang asli tidak tercicir dalam pendidikan,” kata Zambry.
Jelas Zambry lagi, ia merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan semua pihak dari pelbagai komuniti berhak mendapatkan akses pendidikan yang bermutu tidak kira di peringkat menengah atau tinggi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram