OPERASI khas yang dilancarkan oleh Kerajaan Johor untuk membersihkan longkang dan parit di negeri itu yang digelar "Ops Longkang dan Parit", bakal diperluaskan ke Kluang dan Batu Pahat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, operasi tersebut bermula di Johor Bahru pada Julai sebelum meliputi kawasan Pontian dan Kulai pada minggu lepas.