Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun di UK


  • Massa
  • Selasa, 10 Sep 2024

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

PENULIS blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

Kematiannya disahkan oleh abangnya, Raja Idris Kamarudin, pada Selasa pagi.

BACA LAGI: Bagaikan mati hidup semula, degup jantung tiba-tiba terhenti tak sampai 30 minit bermain futsal

BACA LAGI: Umur tak halang pasangan warga emas tunggang superbike kelilingi Malaysia

"Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa adik kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada pukul 11.26 malam waktu UK pada Isnin (9 September) di Manchester, UK," katanya.

Allahyarham dilahirkan pada 27 September 1950 dan dikenali dengan nama singkatannya, RPK.

Raja Petra merupakan pengendali laman web Malaysia Today, yang terkenal dengan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Raja Petra menetap di Manchester. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram