[VIDEO] Afiq Fazail ikut jejak langkah abang, julang Pestabola Merdeka


  • Podium
  • Isnin, 09 Sep 2024

Irfan (kanan) dan Afiq mencipta sejarah dalam bola sepak tanah air apabila menjadi adik-beradik pertama memenangi Kejohanan Pestabola Merdeka 2024. — Facebook

KEJOHANAN Pestabola Merdeka 2024 sudah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Harimau Malaya bergelar juara selepas menewaskan Lubnan 1-0 pada Ahad.

Beraksi di hadapan lebih 10,000 'ekor' Harimau Malaya, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu berjaya menamatkan penantian 11 tahun untuk menjulang trofi selepas menjuarai Pestabola Merdeka 2024.

Penyerang naturalisasi skuad kebangsaan, Romel Morales muncul wira apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-33 membantu Harimau Malaya bergelar juara.

BACA LAGI: Hector Bidoglio puas hati, gabungan rekrut baharu, bintang terpinggir JDT menjadi

BACA LAGI: [VIDEO] Skrip berbeza Akhyar Rashid, dikecam tukar tiki-taka jadi 'teka-teki' berbanding pujian melangit Ariff Aiman

Bagaimanapun, manisnya kejohanan itu, terdapat kisah menarik yang pastinya menjadi momen indah buat dua pemain pasukan Liga Super.

Manisnya, kedua-dua pemain tersebut memiliki pertalian darah yang berasal dari Pontian, Johor iaitu Irfan Fazail dan adiknya, Afiq Fazail.

Difahamkan, kedua-dua mereka meraih momen indah dalam Pestabola Merdeka apabila melakar sejarah menjadi adik-beradik yang pertama memenangi kejohanan tersebut.

Berita baik tersebut dikongsikan oleh Empayar Darul Takzim - EDT di laman Facebook yang mendedahkan bahawa Irfan dan Afiq mencipta sejarah dalam bola sepak tanah air.

"Irfan Fazail dan Afiq Fazail mencipta sejarah apabila menjadi adik-beradik pertama memenangi Pestabola Merdeka secara berturut-turut (back-to-back).

"Adik-beradik asal Pontian ini memenangi Pestabola Merdeka pada 2013 dan 2024. Irfan menjadi kapten ketika Malaysia menjulang Piala Pestabola Merdeka 2013.

"11 tahun selepas itu giliran Afiq dikalungkan medal juara Pestabola Merdeka 2024.

"Begitu pun, Afiq diturunkan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya ketika menewaskan Filipina 2-1 edisi kali ini namun tidak dapat menghabiskan permainan gara-gara kecederaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram