[VIDEO] Skrip berbeza Akhyar Rashid, dikecam tukar tiki-taka jadi 'teka-teki' berbanding pujian melangit Ariff Aiman


  • Podium
  • Isnin, 09 Sep 2024

Harimau Malaya dinobatkan sebagai juara Pestabola Merdeka 2024. — Facebook/FAM

MALAYSIA menamatkan penantian 11 tahun untuk menjulang trofi selepas menjuarai Pestabola Merdeka 2024 dengan menewaskan Lubnan 1-0 di pentas final pada Ahad.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu menyaksikan Romel Morales muncul wira apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-33 membantu Harimau Malaya bergelar juara.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya menamatkan penantian 11 tahun untuk kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka dengan kali terakhir gelaran itu diraih pada 2013 ketika skuad Bawah 23 Tahun (B-23) menewaskan Myanmar 2-0 di pentas akhir.

BACA LAGI: [VIDEO] Lebih hebat berbanding atlet Olimpik, peserta tanpa kaki kiri Poland lepasi ketinggian 1.77 meter

BACA LAGI: Hector Bidoglio puas hati, gabungan rekrut baharu, bintang terpinggir JDT menjadi

Meskipun Harimau Malaya beraksi cemerlang dalam kejohanan tersebut, namun terdapat dua tonggak skuad kebangsaan yang kini menjadi bualan ramai penyokong tanah air.

Dua pemain tersebut ialah tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan tonggak Terengganu FC, Akhyar Rashid.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata 'pemain-12' Harimau Malaya memuji kelincahan yang ditampilkan oleh bintang Harimau Selatan, Arif Aiman.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan tonggak Sang Penyu, Akhyar Rashid yang menerima kecaman kerana kegagalannya mencetak gol walaupun peluang sudahpun terhidang.

"Elok ja first half, main tiki-taka, masuk ja Akhyar jadi teka-teki dah, hebatnya dia mampu kelirukan pemain sendiri dan pihak lawan serta pengulas yang mengulas perlawanan," kata Amin Nurhazim.

"Dua kali disuap bola oleh Arif Aiman masih tak dapat skor walaupun depan gawang," kata Bronkos Lee Sung Lee.

"Sepatutnya Akhyar jangan ada dalam skuad, main level Liga Super bolehlah, tiga peluang keemasan terlepas begitu saja, acahan dan gelecek bola tak ada, lambat bertindak, gugur sahaja dalam skuad," kata Mohd Izani Hassan.

"Kalau bukan kesilapan Akhyar, dua gol Malaysia boleh dapat, tapi Arif memang power of assist," kata Zulhilmi Baharom.

"Akhyar dari dulu main memang tiada perubahan tapi pujian perlu diberi kepada Arif Aiman, memang padulah dia, laju dan lincah," kata Habim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram