Umur tak halang pasangan warga emas tunggang superbike kelilingi Malaysia


  • Massa
  • Selasa, 10 Sep 2024

Pasangan ini sudah melakukan aktiviti pengembaraan beribu-ribu kilometer ke seluruh negara dari Pulau Pinang, Pahang ke Melaka dan ia biasanya dilakukan setiap dua minggu sekali..

UMUR bukan penghalang untuk seseorang itu mempunyai minat atau hobi tersendiri.

Begitulah prinsip yang dibawa oleh pasangan suami isteri warga emas, Dominique Chong, 66 dan isterinya, Karthiainy V. Kumjambo, 62.

Berbeza dengan warga emas lain, pasangan itu memanfaatkan hari minggu mereka dengan meluangkan masa bersama menaiki motosikal berkuasa besar.

BACA LAGI: Tambah stesen, guna peranti mudah alih bantu pengguna EV jimat masa pengecasan penuh

BACA LAGI: [VIDEO] Sering dilanda banjir, penduduk Pantai Timur boleh 'pujuk' kerajaan tiru inovasi pod kapsul

'Wearing leather gloves, a jacket, and a high-quality motorcycle helmet is a must, and knee and elbow guards are essential,' says Chong. — SHEELA CHANDRAN/The Star

Karthiainy (kiri) yang sentiasa meluangkan masa bersama suaminya, Chong (kanan). — The Star

Datuk dan nenek kepada empat orang anak dan dua cucu itu juga sangat menikmati waktu lapangnya untuk meneroka dan menjelajah keindahan alam serta lokasi menarik di Malaysia.

Lebih dua tahun melibatkan diri dalam komuniti motosikal itu, Chong berkongsi detik-detik permulaannya menjadikan ia sebagai hobi bersama isteri tersayang.

Bermula ketika pandemik Covid-19 pada 2021 apabila perjalanan antarabangsa dihadkan, Chong mengambil langkah menemani anak lelakinya yang merupakan seorang peminat tegar 'superbike' menyertai siri jelajah di beberapa buah negeri.

Perunding di sebuah firma kejuruteraan kereta api di Kuala Lumpur itu juga berkata, ia merupakan titik permulaannya untuk mengambil lesen B (khusus buat penunggang motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 500cc atau motosikal yang kelajuan puncak melebihi 100 kilometer sejam.

"Anak kami, Emmanuel, seorang peminat motosikal superbike, menyertai beberapa kayuhan basikal ke tempat-tempat seperti Bukit Fraser, Pahang dan Kuala Kubu Bharu, Selangor bersama rakan motosikalnya.

"Sejak menemani Emmanuel, saya benar-benar berminat dengan aktiviti itu, kemudiannya saya peroleh lesen B penuh dan beli Suzuki V-Strom 650 terpakai.

"Saya juga berjaya meyakinkan Karthiainy untuk menyertai kami," imbaunya.

Kata Chong, aktiviti itu mampu memberi ketenangan kepadanya untuk mencuba pengalaman baharu dan menerokai kepelbagaian alam sekitar yang wujud di pelosok bumi ini.

2320727

Minat pasangan tersebut mula didorong oleh anak lelakinya, Emmanuel (kanan). — The Star

Ia secara tidak langsung memberi impak positif terhadap kesihatan mental dan meningkatkan daya fokusnya ketika di jalan raya.

"Menunggang motosikal ini membuatkan fikiran saya sentiasa terjaga. Saya tiada ruang untuk berkhayal (mengelamun) kerana tindakan walau separuh saat itu boleh menukar perjalanan selamat kepada situasi bahaya.

"Menjadi penunggang kenderaan itu juga meningkatkan penguasaan dalam mengawal pedal minyak, brek terutamanya melalui jalan selekoh pada kelajuan tinggi.

"Kami juga perlu bertindak pantas terhadap perubahan jalan raya, lalu lintas serta perkara-perkara yang tidak dijangka," jelasnya.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, aktiviti rekreasi tersebut dilihat menawarkan banyak faedah pada masa sama memberi kelebihan untuk warga emas sepertinya kekal sihat dan cergas.

Wanita berasal dari Sitiawan, Perak pada masa sama tidak menafikan bahawa dirinya yang memiliki lesen B2 (khas untuk penunggang motosikal bawah 250cc) mempunyai kebimbangan untuk melakukan aktiviti sedemikian.

Dia bagaimanapun berubah fikiran selepas perjalanan pertamanya ke Bukit Fraser, Pahang membuatkannya jatuh cinta untuk meneruskan pengembaraan ke destinasi lain serta berjumpa dengan rakan-rakan baharu.

'Our son and daughters think we are cool parents because we travel out of town on big bikes,' says Karthiainy. Standing beside her is Chong.

Pasangan suami isteri itu masih kekal bertenaga meskipun mencecah usia 60-an. — The Star

Bukan sekadar itu, suri rumah sepenuh masa itu memberitahu, menunggang motosikal bersama suaminya dapat lebih mengeratkan hubungan mereka.

"Sebagai pasangan, kami menghabiskan masa bersama di atas kenderaan dua roda itu.

"Sepanjang lebih 40 tahun perkahwinan kami, saya dan suami selalu melakukan banyak aktiviti bersama, daripada melancong ke luar negara hinggalah menjaga cucu.

"Jadi, apabila peluang ini datang, kami rasa sangat wajar untuk lakukannya bersama-sama, syukurlah kami dapat sokongan daripada tiga anak yang anggap kami ibu bapa hebat kerana pergi ke luar bandar dengan hanya naik motosikal besar," jelasnya.

Untuk rekod, pasangan tersebut sudah melakukan aktiviti pengembaraan mereka bersama komuniti motosikalnya beribu-ribu kilometer ke seluruh negara dari Pulau Pinang, Pahang ke Melaka dan ia biasanya dilakukan setiap dua minggu.

Chong bagaimanapun menegaskan bahawa menunggang motosikal berkuasa besar bukan hanya tentang kelajuan dan keseronokan.

Ia juga perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab demi keselamatan diri masing-masing.

"Motosikal anda mesti berada dalam keadaan baik. Memakai sarung tangan kulit, jaket dan topi keledar berkualiti tinggi adalah satu keperluan, tidak lupa juga pelindung lutut dan siku.

"Kasut keselamatan adalah sama pentingnya dan pastikan waktu tidur yang cukup atau nyenyak sebelum memulakan setiap perjalanan serta berhenti berehat apabila keletihan.

olah-tubuh-bagi-lansia

Melakukan aktiviti riadah dapat membantu warga emas kekal cergas dan sihat. — Gambar hiasan

Pesara Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu turut menambah bahawa dia akan meneruskan minat tersebut bersama isteri dengan menunggang motosikal berkuasa lebih kecil.

Chong sempat berseloroh ketika mengingat kembali kenangan lucu ketika meletakkan motosikal di jalan cerun.

"Saya sudah beberapa kali terjatuh dari motosikal. Saya juga pernah berdepan masalah untuk meletakkan motosikal saya di kawasan cerun dan saya jatuh seperti cempedak.

"Saya bernasib baik sebab hanya seluar jeans yang terkoyak. Disebabkan fizikal isteri kecil, motosikal 250cc lebih sesuai tetapi perlu dapatkan dahulu lesen penuh B2 bersama-sama," katanya.

Melibatkan diri dalam aktiviti tersebut jelas memberi manfaat kepada warga emas seperti mereka untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Kekal aktif secara fizikal dan mental sekali gus menjadi kepentingan apabila usia meningkat demi kesejahteraan hidup.

Meluangkan masa senggang dengan melakukan aktiviti seperti itu juga boleh dijadikan sebagai senaman buat golongan tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram