SEORANG wanita tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lahat menghala ke Menglembu, Ipoh, Perak baru-baru ini.
Menerusi hantaran dimuat naik anaknya di akaun Facebook Izar Ekhwan pada Selasa, ibunya yang kini dirawat di hospital cedera di beberapa anggota badan iaitu muka, rahang, jari kanan, kaki dan pendarahan kecil di otak kiri.
Kejadian juga dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik di lokasi tersebut.
BACA LAGI: Tambah stesen, guna peranti mudah alih bantu pengguna EV jimat masa pengecasan penuh
BACA LAGI: [VIDEO] Sering dilanda banjir, penduduk Pantai Timur boleh 'pujuk' kerajaan tiru inovasi pod kapsul
Keadaan penutup lubang selenggara yang disyaki tidak ditutup rapat selepas penyelenggaran.
Difahamkan, mangsa bernama Jamilah Ahmad dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikalnya sebelum terjatuh dan tercampak kira-kira 15 kaki (4 meter) jauhnya.
"Mak saya masih di hospital menerima rawatan dan masih tidak sedarkan diri. Semasa mak saya nak pergi kerja, terdapat satu penutup main hole selenggaraan Telekom Malaysia (TMpoint Ipoh) tidak tertutup rapi.
"Saksi kejadian yang berada berhampiran cakap mak saya jatuh pada muka dahulu. Minta jasa sahabat-sahabat mendoakan kesihatan mak saya pulih semula," tulisnya.
Dalam hantaran sama, kelihatan mangsa terbaring dalam keadaan meniarap dengan topi keledar masih di kepalanya ketika kejadian.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan lanjut dikeluarkan pihak berkuasa mahupun TM berhubung kemalangan yang menimpa keluarga tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram