Bukan hanya lukis pelan, arkitek boleh dilabel 'jurujual gila' semata nak realisasi impian pelanggan


  • Massa
  • Isnin, 09 Sep 2024

Kerjaya arkitek bukan hanya melibatkan lukisan pelan atau reka bentuk bangunan. — Gambar hiasan/Agensi

ARKITEK mungkin dilihat sebagai satu kerjaya glamor sehingga mampu meraih pendapatan tinggi.

Jika ada yang memikir arkitek sekadar pelukis pelan, namun hakikatnya kerjaya itu memerlukan daya berfikir yang tinggi demi memuaskan hati pelanggan.

Menjadi seorang arkitek juga bukanlah tanggungjawab mudah untuk digalas meskipun ia hanya bermodalkan kemahiran membuat perancangan membina bangunan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sesuai di Malaysia?', kempen lambai batu bata merah di Eropah elak risiko kemalangan pejalan kaki

BACA LAGI: Selain sistem canggih layan diri, Malaysia boleh naik taraf troli pasar raya mesra OKU dan warga emas seperti di UK

6262258980281761163 (1)

Terdapat pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan oleh arkitek ketika proses pembinan sesebuah bangunan dilakukan. — Gambar hiasan/Agensi

Menyelami kerjaya itu dengan lebih mendalam, seorang arkitek berpengalaman, Zuhana Rasmin, 37, berkesempatan berkongsi kisahnya sepanjang lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.

Zuhana yang kini berkhidmat sebagai arkitek di Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) berkata, individu sepertinya mempunyai peranan besar kepada industri pembangunan bagi memastikan hasilnya menepati kehendak pengguna.

Zuhana juga tidak teragak-agak menggelarkan arkitek sebagai 'jurujual gila' kerana berani mengambil risiko yang tinggi untuk menghasilkan sesebuah bangunan.

"Arkitek ini boleh dikatakan seorang 'jurujual gila' sebab biasanya penjual lain jual barang atau produk yang nyata di depan mata.

"Tapi arkitek jual barang dengan harga juta-juta seperti bangunan besar yang pelanggan tak boleh nampak terus hasilnya.

"Sebab itu, peranan kami sangat penting untuk pastikan impian pelanggan dapat direalisasikan dengan sempurna bermula daripada kosong," katanya kepada Majoriti.

6262258980281761162

Zuhana Rasmin

Katanya, arkitek juga bukan sahaja banyak terlibat dengan lukisan atau reka bentuk bangunan tetapi mereka juga perlu menitikberatkan aspek perundangan dan keselamatan terutamanya ketika memilih sesuatu lokasi pembangunan.

Kata Zuhana, status pemilikan tanah antara perkara penting sebelum memulakan proses binaan.

Status tersebut pula akan dilihat daripada aspek komersial atau persendirian dan memerlukan tempoh yang panjang kerana perlu berurusan dengan pihak pengurusan tanah.

Perundangan

Bercerita lanjut, Zuhana tidak menafikan bahawa proses menguruskan pembinaan bangunan mengikut undang-undang atau akta disediakan menjadi cabaran terbesar bagi seorang arkitek.

Menurutnya, setiap akta seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 antara yang perlu dipatuhi, malah ia juga dilaksanakan secara berbeza di setiap negeri.

6262258980281761166

Status pemilikan tanah antara aspek penting ketika sesi pemilihan lokasi. — Gambar hiasan/Facebook

"Kemahiran tenaga kerja atau kontraktor di Malaysia juga jadi cabaran kepada kami sebab tak ramai yang betul-betul berkebolehan setanding pekerja dari luar negara.

"Tetapi kita di sini sekarang ada banyak teknologi canggih dan itu sedikit sebanyak membantu industri pembinaan dan pembangunan sekarang," ujarnya.

Keselamatan

Bukan sekadar itu, Zuhana menjelaskan bahawa skop pekerjaan dalam bidang arkitek turut melibatkan aspek keselamatan supaya bangunan yang dibina kukuh dan tidak membahayakan penghuninya dalam jangka masa panjang.

Katanya, pematuhan kepada perundangan disediakan dalam Akta 133 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam menyumbang kepada aspek tersebut.

6262258980281761165

Keselamatan antara aspek penting perlu diberi perhatian oleh arkitek untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. — Gambar hiasan

"Kami akan mengeluarkan sijil penyiapan dan pematuhan yang meliputi pengesahan pihak bomba sebelum penyerahan bangunan (vacant posession) terutamanya apabila melibatkan ciri-ciri keselamatan," katanya.

Baginya, seorang arkitek perlu melakukan perkara yang betul pada peringkat awal untuk mengelakkan sebarang risiko kesilapan berlaku ketika mahupun selepas proses binaan selesai.

Jelasnya lagi, tapisan keperluan alam sekitar semasa peringkat awal perlu dilakukan bagi memastikan alam sekitar terpelihara dan mengelakkan berlaku kejadian-kejadian bencana alam disebabkan pembangunan yang salah.

Justeru, Zuhana memberi saranan kepada orang ramai agar tidak mempunyai tanggapan remeh terhadap pekerjaan arkitek sepertinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram