
SEORANG gadis berusia 18 tahun yang juga penjual makanan goreng ditemui mati tertimbus dalam keadaan telanjang di dalam hutan Kabupaten Padang Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia pada Ahad selepas tiga hari berturut-turut disahkan hilang.
Ketua Polis Daerah Padang Pariaman, Penolong Pesuruhjaya Kanan Pasukan, Ahmad Faisol Amir berkata, pasukan pencarian polis menemui mayat gadis itu, Nia Kurnia Sari, kira-kira 1.5 kilometer (km) dari rumahnya dan 1 km dari kawasan jualannya.
"Kematian itu memang sangat janggal, ditemui dalam keadaan telanjang dan tertimbus," kata polis.
BACA LAGI: [VIDEO] 18 maut 17 masih hilang, Ribut Tropika Enteng 'mengganas' di Manila
BACA LAGI: [VIDEO] Niat nak keluar kereta sarung baju hujan, wanita cedera parah kena hempap dahan pokok
Ketua Eksekutif Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), El Abdes Marsyam berkata, Nia Kurnia ditemui selepas mereka memperluaskan kawasan pencarian.
“Waktu cari, sebuah kawasan yang mencurigakan dilihat," katanya.
Menerusi rakaman tular, terdapat longgokan makanan bertebaran di atas tanah berhampiran kawasan mayat Nia ditanam.
El Abdes berkata, selepas usaha penggalian dilakukan, mereka menemui mayat mangsa dalam keadaan bogel.
"Branya diikat pada tangannya,” kata El Abdes.
El Abdes, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bhayangkara, Padang, Indonesia untuk bedah siasat.
"Memberi bantuan bukan kerana kejadian itu tetapi kerana keluarga mangsa hidup dalam keadaan serba kekurangan. Diperhatikan, keluarga mangsa duduk di rumah yang usang," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram