[VIDEO] Tak sampai 10 minit, wanita luah rasa kagum dengan kehebatan JBPM respons kes kebakaran


  • Tular
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Tangkap layar insiden kebakaran yang melibatkan sebuah bangunan di Jalan Ampang dekat Bandar Baru Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.

SEORANG wanita meluahkan rasa kagum terhadap ketangkasan dan keberanian yang ditunjukkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam operasi kebakaran yang melibatkan sebuah bangunan di Jalan Ampang dekat Bandar Baru Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Seema itu turut memuat naik satu video di laman TikTok cymfvlkrum memaparkan situasi bahagian tepi bangunan itu terbakar.

Dia yang menyaksikan sendiri kejadian dari tingkap rumahnya turut menyatakan rasa terharu melihat kecekapan anggota bomba yang bertungkus-lumus memadam kebakaran berkenaan.

BACA LAGI: 'Pengasuh patut jalani penilaian mental sebelum diambil bekerja di pusat asuhan'

BACA LAGI: [VIDEO] Mat Jais maut jatuh pokok petai di Kampung Changkat Perah

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

bomba

Seema meluahkan rasa kagum dengan kehebatan dan ketangkasan anggota JBPM. — Instagram/Seema

Katanya, operasi memadamkan api dijalankan dengan pantas, walaupun api merebak dengan cepat selepas dia membuat panggilan kecemasan

"Bomba tiba tujuh minit selepas saya membuat panggilan kecemasan. Mereka sangat cekap dan pantas.

"Abang bomba dan kakak bomba, anda semua sangat mengagumkan. My faith in humanity restored," katanya melalui video berdurasi 45 saat.

Tambah wanita tersebut lagi, kebakaran itu berjaya dipadamkan selang beberapa minit kehadiran anggota bomba di lokasi kejadian.

Sementara itu, tidak dapat dipastikan keadaan terkini bangunan tersebut dan belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram