NOMBOR pendaftaran istimewa (NPI) bagi kenderaan sifar emisi (ZEV) dengan tanda indeks 'EV' dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula melalui sistem JPJeBid bermula Isnin.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan bidaan nombor plat itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas proses bidaan tamat pukul 10 malam 13 September.
NPI EV itu khas untuk kenderaan ZEV sahaja dan tidak boleh didaftarkan kepada kenderaan bukan ZEV.
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’
BACA LAGI: Kecewa cinta ditolak, bekas pelajar SBP redah hutan kerana dadah kini kejar cita-cita jadi doktor
"Pemilik kenderaan ZEV yang tidak berminat masih boleh menggunakan mana-mana nombor siri negeri yang biasa untuk didaftarkan kepada kenderaan masing-masing.
"Seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini, sebahagian pendapatan daripada NPI akan disalurkan kepada inisiatif rakyat seperti program penukaran topi keledar secara percuma dan latihan lesen B2 untuk golongan B40," katanya pada Isnin.

Syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan ZEV boleh mula menempah NPI bagi pihak pelanggan bermula Isnin.
Tambah beliau lagi, beberapa piawaian baharu ditetapkan pada papan nombor plat kenderaan ZEV.
"Antaranya ialah keterlihatan yang ditingkatkan dengan ciri retro 'reflektif', dilengkapi dengan hologram antiklon untuk meminimumkan risiko kecurian dan penipuan serta mempunyai teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID)," katanya.
Beliau berkata papan nombor plat berwarna putih dengan tulisan NPI berwarna hitam serta stiker jalur hijau dan Jalur Gemilang pada sebelah kiri papan nombor pendaftaran itu sebagai kod warna bagi kenderaan ZEV.
"Pelaksanaan ini ialah usaha kerajaan untuk memperluas pendigitalan, meningkatkan keselamatan jalan raya dan mewujudkan evolusi baharu dalam sistem pengenalan kenderaan (VIS) pintar," katanya.
Susulan pelancaran JPJePlate itu, Loke berkata syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan ZEV boleh mula menempah NPI bagi pihak pelanggan bermula Isnin melalui laman sesawang jpjeplate.jpj.gov.my.
Nombor berkenaan boleh didapati pada harga RM98 satu set termasuk papan plat dan nombor plat hadapan dan belakang, pelekat RFID serta caj penghantaran.
Untuk rekod, sebanyak 12,850 kenderaan EV didaftarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 5,131 pada tempoh sama tahun lepas. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
