Dua pekerja maut, tertimbus lebih 30 minit ketika korek longkang di Shah Alam


  • 112
  • Isnin, 09 Sep 2024

Dua pekerja binaan maut selepas tertimbus lebih 30 minit selepas struktur tanah dan konkrit parit runtuh ketika di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor pada Isnin.

DUA pekerja binaan maut selepas tertimbus lebih 30 minit selepas struktur tanah dan konkrit parit runtuh ketika di Seksyen U 15 Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 10.29 pagi tadi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong.

"Difahamkan struktur tanah dan konkrit parit runtuh itu runtuh ketika kerja-kerja pembinaan infrastruktur itu dilakukan dekat tapak pembinaan.

BACA LAGI: 'Uncle masih ingat saya?', bekas polis Sandakan sebak ditegur mangsa nahas 31 tahun lepas

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan setakat bahayakan diri sendiri, polis P.Pinang buru individu guna papan luncur di jalan raya

"Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Muhammad Firdaus Zainudin memaklumkan kejadian melibatkan dua orang mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit dengan kedalaman 0.3 meter.

“Kejadian berlaku ketika kerja-kerja pembinaan longkang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, mangsa pertama dikeluarkan pada pukul 11.12 pagi sementara mangsa kedua dikeluarkan pada pukul 11.35 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram