PENYANYI popular negara, Hafiz Suip perlu menjalani hukuman bon berkelakuan baik susulan insiden satu pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos lalu.
Menurut laporan Kosmo!, Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak memerintahkan hukuman itu terhadap Hafiz atau nama lengkapnya, Mohd Hafiz Mohd Suip yang berusia 34 tahun bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama.
Ketiga-tiga mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas tular bergaduh, Hafiz Suip tampil minta maaf, siap salam cium tangan akui kesalahan
BACA LAGI: Hafiz Suip akui sukar bersaing dengan penyanyi baharu
Perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.
Pada hujung bulan lalu, tular satu video penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku itu melakukan kekasaran terhadap seorang lelaki di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak.
Kejadian dikatakan berpunca akibat salah faham apabila lelaki tersebut membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan berkenaan.
Individu itu turut menghimpit dan memandu sehingga menghampiri kenderaan yang dipandu Hafiz sebelum berhenti di lokasi tersebut dan berlaku pertengkaran antara mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram