"KAU orang hentam saya tak guna kalau 'parents' diorang tak ambil tindakan pada saya."
Itulah kenyataan yang dimuat naik oleh pemandu bas yang popular dengan gelaran ‘Abang Bas’ selepas dikecam gara-gara sering memuat naik kandungan melibatkan murid sekolah rendah.
Perkara itu menjadi tumpuan apabila dia mengatakan salah seorang murid tersebut adalah orang yang disukainya atau ‘crush’ sehingga rakaman video tular itu mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
BACA LAGI: Fahmi Fadzil bimbang kewujudan lebih banyak akaun TikTok jadikan budak sebagai konten
BACA LAGI: [VIDEO] Abang bas muat naik video murid sekolah dicekup polis pepagi buta di Simpang Renggam
Nancy mengarahkan pegawai dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak membuat laporan polis serta bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor.
"Kelakuan ini tidak boleh diterima dan tak patut dinormalisasi.
"Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu di bawah Akta Kanak-Kanak," katanya dalam satu hantaran di X pada Khamis.
This behaviour is not accepted and shouldn’t be normalised.
I have instructed the officers from Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) to file a police report immediately and we are ready to cooperate with D11 IPK Johor. https://t.co/kj22seEv6K
— Nancy Shukri (@NancyShukri) September 5, 2024
Sebelum ditangkap pihak polis, pemandu bas itu memberitahu dia sudah bertemu ibu bapa kepada pelajar yang menjadi penumpangnya.
Dia juga kelihatan tidak risau dan boleh tersenyum kerana yakin tidak akan ada apa-apa tindakan berhubung video yang dimuat naiknya itu.
"Saya pun ada akal macam awak, saya pun ada akal (sebab) saya dah cakap dengan ibu bapa diorang.
"Kenapa saya boleh tersenyum, boleh 'happy' lagi? Betul? Kau orang nampak saya happy? Saya senyum Sebab apa? Sebab parent diorang saya beritahu awal-awal," jelasnya sebelum ditangkap pihak polis pada Jumaat pagi (6 September).
Kenyataan yang dikeluarkan suspek sebelum dia ditangkap polis pada 2.57 pagi tadi..pic.twitter.com/lYtmKhFUKt
— JalaIMisai (@jllmisai) September 6, 2024
Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang telah menahan pemandu bas berusia 24 tahun itu kira-kira pukul 2.57 pagi tadi di Simpang Renggam, Johor Bahru.
Katanya, polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.
Suspek juga direman selama lima hari hingga 10 September.
Permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Suhaila Safi’uddin di Mahkamah Majistret Batu Pahat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram