POLIS mengesahkan empat kanak-kanak merupakan suspek bagi kes kematian seorang remaja perempuan berusia 13 yang mayatnya ditemui di tanah perkuburan Cina di Palembang, Indonesia.
Empat pelaku yang ditahan polis dinamakan sebagai IS (16 tahun), MZ (13 tahun), AS (12 tahun) dan NS (12 tahun).
Ketua Polis Palembang, Pesuruhjaya Harryo Sugihhartono berkata, pada awalnya, suspek, IS bersama tiga rakannya MZ, AS dan NS mengajak mangsa menonton pertunjukan kuda kepang di Kampung Pipa Reja, daerah Kemuning.
"Suspek ajak mangsa jalan-jalan kemudian diajak ke lokasi jenayah pertama berhampiran kubur," katanya.
BACA LAGI: Mahkamah sahkan berlaku pelanggaran lafaz taklik, Ira Kazar dan Syamsul Yusof bercerai talak satu
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi cubaan lari penjara terbesar di benua Afrika, lebih 129 terbunuh
Selepas tiba di lokasi berkenaan, IS bertindak mencekik mangsa, selain tangan mangsa dan kaki mangsa dipegang oleh tiga lagi suspek.
"Pembuluh darah mangsa sampai pecah disebabkan aksi pelaku. IS kemudian bertindak merogol mangsa untuk pertama kali, yang kemudiannya diteruskan oleh tiga pelaku yang lain," katanya.
Melihat keadaan mangsa yang sudah tidak berdaya, keempat-empat suspek membawa mayat mangsa ke lokasi jenayah kedua.
Harryo berkata, jarak antara tempat kejadian pertama dan tempat kejadian jenayah kedua adalah kira-kira 10 minit apabila melalui laluan semak.
“Setibanya di lokasi kedua, keempat-empat suspek kembali merogol mangsa yang ketika itu sudah tidak lagi bernafas (mati),” katanya.
Setelah diperkosa secara bergilir-gilir, mayat mangsa kemudian dibuang di kawasan semak yang tidak jauh dari lokasi awal kegiatan terbabit dilakukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram