PENGGUNA TikTok atau TikTokers diarahkan untuk menjauhi kawasan tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur atas tujuan keselamatan.
Memetik laporan FMT, Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Isa berkata, pihaknya mengarahkan anggotanya untuk memantau dan memastikan orang awam tidak berada berdekatan kawasan itu.
Beliau berkata, ia bertujuan supaya operasi memulihkan tapak lubang tersebut terganggu selepas kejadian seorang wanita warga India terjatuh ke dalam tanah jerlus sedalam lapan meter (m) pada 23 Ogos lalu.
BACA LAGI: Loji IWK Pantai Dalam lokasi harapan terakhir temukan mangsa terjerumus lubang Masjid India
BACA LAGI: PM Anwar arah DBKL jumpa keluarga mangsa terjerumus lubang gergasi dekat Masjid India
Amaran itu diberikan supaya operasi memulihkan kawasan terbabit tidak terganggu.
Katanya, pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Konsortium Indah Water sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan di kawasan itu.
"Kami tidak mahu mana-mana individu pergi ke sana untuk membuat video TikTok. Harap maklum bahawa kawasan ini sedang dipantau, jadi jangan membahayakan keselamatan anda," katanya pada Khamis.
Terdahulu, polis memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bernama Vijayaletchumy, 48, dihentikan pada 31 Ogos kerana terlalu berisiko buat pasukan penyelamat selepas usaha dijalankan selama sembilan hari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam pada itu memaklumkan bahawa keputusan menghentikan operasi itu dibuat susulan beberapa kejadian tanah jerlus susulan yang berlaku selepas kejadian itu.
Menurutnya, DBKL juga mengambil beberapa pendekatan dengan melakukan pemetaan utiliti di lokasi itu, selain melaksanakan kajian struktur tanah seluruh Kuala Lumpur serta membuat libat urus bersama peniaga di kawasan ini dan sekitarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram