OPERASI dikerah untuk mengesan punca bau bahan kimia di tiga kawasan perumahan yang masih berlaku di Johor Bahru, Johor pada Selasa.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor mengesahkan mereka menerima panggilan berhubung bau tersebut pada kira-kira pukul 1.30 pagi.
Pasukan Hazmat yang terdiri daripada 19 pegawai dari stesen Larkin dan Tebrau dikerah untuk mengenal pasti lokasi bau tersebut dikesan.
BACA LAGI: 'Rasa macam adiwira', jurukimpal tubuh Pasukan Bomba Sukarela jamin keselamatan penduduk Rawang
BACA LAGI: Bomba kesan 'backlog’ 15 meter di lokasi tanah jerlus Masjid India, usaha rungkai 'sekatan'
Pasukan Hazmat yang dikerah BBP Johor Bahru untuk mengenal pasti punca kebocoran gas. — Foto Bomba
“Susulan itu seramai 19 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Berdasarkan laporan terkini, bauan daripada bahan kimia itu dikenal pasti berpunca dari Taman Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa.
Tindakan operasi semasa adalah dengan membuat pemantauan menyeluruh dan bacaan udara menggunakan ‘gas detector’ oleh BBP Tebrau dan Unit Hazmat BBP Larkin.
“Terdapat pencemaran bau di tiga taman tersebut. Bau tersebut masih belum dapat dikenal pasti jenis dan tahap berbahaya.Masih belum dapat dipastikan pencemaran dari sungai atau sumber mana. Operasi masih lagi diteruskan sehingga kini,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram