Bergaduh parkir kena halang, suspek ditahan polis, mangsa tetakan terima 35 jahitan


  • 112
  • Khamis, 05 Sep 2024

Tangkap layar seorang lelaki dilihat cedera ditetak menggunakan senjata tajam di sebuah kawasan perumahan di Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu.

SUSPEK yang terlibat dalam pergaduhan membabitkan halangan parkir kawasan perumahan di Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu sudah ditahan.

Melalui beberapa video tular, seorang lelaki dilihat cedera ditetak menggunakan senjata tajam di sebuah jalan raya tersebut sehingga menimbulkan kekecohan awam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki tersebut bergaduh mulut sebelum keadaan menjadi lebih tegang sehingga suspek menyerang mangsa menggunakan pisau.

BACA LAGI: [VIDEO] Ditangkap sekembali tunai umrah, akauntan penghidap HIV tekad diri bebas dadah

BACA LAGI: [VIDEO] Konon mampu beri tenaga, air ketum punca hidup graduan universiti di Selangor musnah

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 6 petang.

"Suspek lelaki berusia 28 tahun bertindak menetak mangsa menggunakan pisau sepanjang 32 sentimeter (cm).

"Mangsa iaitu lelaki berusia 24 tahun yang cedera dikejarkan ke hospital dan menerima 35 jahitan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau lagi, suspek ditahan di lokasi kejadian kira-kira pukul 6.45 petang pada hari yang sama.

Suspek akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram