Polis rakam keterangan 8 individu termasuk ahli politik kes pemerdagangan manusia di Myanmar


  • 112
  • Selasa, 03 Sep 2024

Tan Sri Razarudin Husain merakam keterangan lapan individu termasuk seorang ahli politik dan suaminya.

LAPAN individu termasuk seorang ahli politik dan suaminya dirakam keterangan oleh pihak polis kerana didakwa ada kaitan dengan kes pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya turut merekod keterangan penulis blog dari Indonesia pada Selasa berkaitan penulisan artikel membabitkan kes berkenaan.

Beliau berkata, semakan terhadap akaun syarikat beberapa individu yang didakwa terbabit dalam kes berkenaan juga giat dijalankan.

BACA LAGI: 'Tidak bermakna saya bagus', Rahmad Mega tak kisah ditegur artis lama atau baharu, anggap itu cara tingkat skil dalam industri

BACA LAGI: Pernah hangatkan Gegar Vaganza, Athiyyah ligat menari Zapin Mahpom, Bunian sejak kecil

"Selain ahli politik, suaminya dan penulis blog itu, polis turut mengambil keterangan dua individu daripada sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan pada Selasa bagi membantu siasatan,” katanya.

Razarudin berkata, pihaknya mengesahkan keberadaan ahli politik itu di Myanmar untuk urusan pelaburan hartanah namun siasatan mengenai pembabitan beliau dalam aktiviti pemerdagangan manusia itu masih dijalankan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Razarudin berkata lagi, sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berkaitan isu itu dan memberi ruang kepada polis untuk melengkapkan siasatan.

Pada 28 Ogos lepas media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar disyaki pada awal 2020. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram