Gadis 19 tahun antara dicekup, sindiket persundalan ‘swinger’ caj yuran keahlian RM388 sejak Januari tumpas


  • 112
  • Sabtu, 31 Ogos 2024

Pelanggan ditawarkan peluang mengadakan hubungan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan. — Gambar hiasan

SEBUAH sindiket pelacuran yang menyediakan kegiatan seks bebas secara berkumpulan buat 147,000 pelanggan berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini dengan penahanan 36 individu, termasuk penjawat awam.

Difahamkan, sindiket 'swinger' yang beroperasi secara atas talian itu menawarkan pelanggan peluang melakukan hubungan seks secara bertukar pasangan selain menyertai kegiatan persundalan berkumpulan di dalam kondominium sekitar Lembah Klang.

Antara pelanggan yang ditahan merupakan penuntut universiti dan petugas awam yang masing-masing dikenakan bayaran RM388 untuk menjadi ahli kegiatan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Contohi negara jiran, hantar balik pekerja asing terlibat aktiviti persundalan

BACA LAGI: [VIDEO] Hot Daddy Ash dilayan macam selebriti, ramai pelik apa jasa sumbangan kepada Malaysia

Bukit Aman Deputy CID director (Intelligence/Operation) DCP Fadil Marsus.

Fadil memberitahu seramai 34 individu ditahan dalam serbuan pertama di sebuah kondominium.

Sindiket yang dikendalikan seorang warga Singapura dan penduduk tempatan itu difahamkan mula beroperasi sejak awal tahun lalu.

Kegiatan itu tumpas selepas Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman bersama beberapa agensi lain, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melakukan serbuan di sebuah kondominium sekitar Mont Kiara pada 25 Ogos lalu dengan mereka bertindak mengikut hasil risikan diperoleh.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, seramai 18 lelaki dan 16 wanita ditahan dalam serbuan pertama tersebut.

"Mereka yang ditahan termasuk penuntut universiti, penjawat awam serta lima warga asing terdiri daripada warga Perancis, China, Nigeria, Republik Czech dan seorang wanita warga Filipina. Semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 41 tahun.

"Individu termuda yang ditahan merupakan seorang wanita berusia 19 tahun yang sudah menyertai kegiatan tersebut secara kerap sehingga sindiket itu melantiknya sebagai hos pengantara dalam sesi berkenaan," katanya.

232338

Gadis 19 tahun merupakan antara yang ditahan pihak berkuasa dalam serbuan tersebut. — Gambar hiasan

Tambahnya lagi, siasatan lanjut daripada pihak polis berjaya menempatkan seorang warga Singapura dan penduduk tempatan di sebuah kondominium sekitar Puchong, Selangor yang dipercayai dalang di sebalik kegiatan itu.

"Mereka juga merupakan pemilik akaun yang akan mengumpul bayaran keahlian daripada pelanggan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman pada Jumaat.

Pelbagai barangan turut dirampas dalam serbuan berkenaan, termasuk telefon bimbit, komputer, wang tunai serta kelengkapan seks.

Jelas Fadil lagi, kedua-dua dalang tersebut turut mengendalikan platform atas talian yang mempromosikan kegiatan tersebut.

Selain perlu membayar RM388 bagi caj langganan, setiap pelanggan juga dikenakan bayaran RM400 sekiranya mereka mahu terlibat dalam kegiatan seks berkumpulan yang dianjurkan sindiket itu.

"Mereka juga akan dikenakan bayaran tambahan RM350 sekiranya hadir dengan seorang pasangan. Sindiket itu juga akan mengadakan sesi temu ramah yang direkod sekiranya seseorang berminat untuk melanggan.

"Bagi kegiatan seks berkumpulan, penganjur akan memaklumkan pelanggan pada hari sebelumnya," katanya lagi. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram