Kongsi gambar bersama PM Anwar, Tunku Ismail cadang penswastaan Harimau Malaya


  • Podium
  • Selasa, 03 Sep 2024

Foto dikongsikan Tunku Ismail memaparkan Baginda bergambar bersama Anwar pada 23 Ogos lalu iaitu sehari sebelum aksi final Piala FA antara JDT dan Selangor FC. — Instagram/hrhcrownprinceofjohor

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim tampil melontarkan idea agar kaedah pengurusan pasukan bola sepak kebangsaan diubah bagi membolehkannya bergerak secara bebas.

Perkara itu dikongsikan Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman sosial miliknya apabila berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.

Cadangan tersebut dikemukakan tidak sampai sehari selepas pengumuman peruntukan sebanyak RM15 juta kepada Harimau Malaya yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Lepas tembusi pasaran hampir 30 negara, John ada misi jadikan Hausboom syarikat minuman terbesar negara

Menerusi perkongsian dibuat oleh Tunku Ismail, Baginda turut tampil berkongsikan satu dokumen yang menunjukkan mengenai sistem, peranan dan carta organisasi bebas yang dicadangkan.

Berdasarkan dokumen tersebut, organisasi berkenaan akan diketuai seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal.

6248991723225201923

Tangkap layar dokumen dikongsikan Tunku Ismail di hantaran Instagram Baginda.

Sementara itu, organisasi itu akan turut dibantu beberapa pegawai termasuk Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi & Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.

Langkah itu difahamkan sekali gus akan membawa kepada penswastaan pengurusan pasukan Harimau Malaya yang ketika ini berada di bawah FAM.

Dalam perkongsian sama, Tunku Ismail turut memuat naik gambar beliau bersama Anwar pada 23 Ogos lalu iaitu sehari sebelum aksi final Piala FA antara JDT dan Selangor FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram