[VIDEO] 'Terima kasih TMJ', legenda Sabah terasa lebih dihargai lepas bebas gantung seumur hidup skandal rasuah


  • Podium
  • Selasa, 03 Sep 2024

Matlan Marjan (kanan) meluahkan kesyukuran kepada TMJ apabila mengampunkan dirinya daripada hukuman penggantungan seumur hidup sebelum ini.

"TERIMA kasih TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim)."

Begitu kata legenda bola sepak kebangsaan, Matlan Marjan yang dibebaskan daripada penggantungan seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Matlan, dia bernasib baik baik apabila dibebaskan oleh badan induk itu selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim atau dikenali sebagai TMJ dilantik menjadi presiden pada 2017 sebelum meletak jawatan pada 2018.

BACA LAGI: Boikot tidak jejas moral pemain Harimau Malaya — Darren Lok

BACA LAGI: Kurang hangat diperkatakan, 3 perpindahan tak cukup saga termasuk bintang muda JDT

"Saya berterima kasih dan bersyukur kepada TMJ yang mengambil keputusan untuk membebaskan saya dan rakan-rakan lain daripada hukuman tersebut.

"Saya rasa kalau TMJ tak pegang FAM ketika itu, mungkin sampai sekarang tidak dibebaskan.

"Terima kasih TMJ kerana sudah menyelesaikan masalah kami dan kini saya rasa lebih dihargai semula, katanya kepada Harimau Malaya.

Nama bekas penyerang kebangsaan itu sebelum ini pernah menggegarkan kancah bola sepak tanah air apabila terlibat dengan skandal rasuah pada 1990-an.

Selepas disabitkan kesalahan rasuah dan mengatur keputusan perlawanan pada tahun 1995, Matlan pernah mendedahkan bahawa dia turut dibuang daerah.

Selain Matlan, lima lagi pemain Sabah yang turut menerima nasib sepertinya ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi.

Matlan cukup dikenali apabila menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya memboloskan gawang skuad England dalam aksi persahabatan pada 1991 yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 2-4. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram