Johnny's Restaurant, Dolly Dim Sum antara 5 restoran popular bukan pemegang sijil halal — Jakim


  • Primer
  • Selasa, 03 Sep 2024

Kenyataan Jakim itu sudah tentu mencetuskan perbualan dalam kalangan umat Islam dalam negara.

SEMAKAN status halal bagi lima jenama makanan ternama, iaitu Johnny's Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati mereka bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL Jakim selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

"Untuk makluman, pertanyaan itu diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.

BACA LAGI: ICTCC, HDC bantu 300 PKS tembusi pasaran halal global China

BACA LAGI: Hati-hati pilih pinggan mangkuk, 'fine bone' campuran tulang babi tak halal ikut syarak

img_20151109_095518-resized-640

Dolly Dim Sum merupakan salah sebuah cawangan restoran yang tidak memiliki SPHM daripada Jakim.

"Jabatan ini mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024, pukul 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, perbadanan berkenaan turut menjelaskan premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best mempunyai SPHM yang masih sah.

"Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara sendiri dan terus oleh pengguna di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php

Sebelum ini, tular surat maklum balas yang dikeluarkan oleh Jakim berhubung status halal bagi beberapa premis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram