[VIDEO] Lelaki tanpa separuh badan beri inspirasi, ramai tak sangka boleh hidup 6 tahun lepas kejadian dihempap forklift


  • Benua
  • Rabu, 31 Jul 2024

Loren yang menjalani kehidupannya dengan kehilangan separuh anggota badan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada 2019. — Agensi

SEMANGAT seorang lelaki untuk meneruskan kehidupannya selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Amerika Syarikat (AS) pada September 2019 memberi inspirasi kepada orang ramai.

Tarikh tersebut merupakan detik hitam bagi lelaki bernama Loren Schauers, 23, yang bekerja sebagai buruh di tapak pembangunan di Montana, AS.

Ia bermula apabila jentera angkut susun (forklift) yang dipandunya terjatuh menjunam kira-kira 50 kaki tingginya dari tanah sehingga menggilis separuh badannya.

BACA LAGI: Pemimpin Hamas terkorban, seluruh masjid bawah Jakim tunai solat ghaib

BACA LAGI: Tak terperap dalam rumah, taman riadah beri banyak manfaat sosial kepada masyarakat — Pakar

Kejadian malang yang menimpa ketia usianya 18 itu sekali gus mengubah hidupnya 100 peratus selepas separuh badannya dari atas pusat hingga kaki termasuk lengan kanannya terpaksa diamputasi.

Namun, siapa sangka Loren dapat membuktikan kepada orang ramai tentang perjuangannya meskipun terpaksa menjalani kehidupan seharian dengan bantuan perubatan bersama isteri tercinta.

Lebih menyentuh hati apabila isterinya, Sabia Reiche, 25, setia di sisi dan menjaga Loren yang berada dalam keadaan tidak sempurna itu sepanjang perkahwinannya.

Perkara itu turut membuatkan rata-rata warga maya kagum dengan sikap Sabia yang sanggup bersama suaminya itu.

6147670816192577332

Sabia (atas) yang setia menjaga Loren (bawah) sejak kemalangan itu. — Agensi

Mereka berdua juga kelihatan cekal menjalani dugaan hidup dan mengambil kesempatan itu untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat.

Sejak kemalangan itu, Loren dan Sabia berkongsi pengalaman dan rutin harian mereka berdua di akaun YouTubenya.

Loren juga pernah mendedahkan bahawa dirinya mengalami kemurungan teruk dan sukar bersosial selepas kejadian itu.

Sementara itu, kempen mengumpul dana yang dilakukan pasangan itu sejak Februari 2021 untuk mendapatkan anggota badan prostetik (palsu) dilaporkan akan memberi sinar baharu buat Loren. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram